Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Keterlaluan! Sewa tapak bazar Ramadan Jalan TAR RM20,000 sedangkan DBKL sewakan RM1000 saja” – Taktik licik penyewa tapak sewakan kepada pihak ketiga sukar dikesan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Keterlaluan! Sewa tapak bazar Ramadan Jalan TAR RM20,000 sedangkan DBKL sewakan RM1000 saja” – Taktik licik penyewa tapak sewakan kepada pihak ketiga sukar dikesan

KUALA LUMPUR – Isu golongan individu menyewa petak bazar Ramadan yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada golongan peniaga di Jalan Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini bukan sesuatu yang baharu malah berlaku sejak beberapa tahun.

"Keterlaluan! Sewa tapak bazar Ramadan Jalan TAR RM20,000 sedangkan DBKL sewakan RM1000 saja" - Taktik licik penyewa tapak sewakan kepada pihak ketiga sukar dikesan

“Keterlaluan! Sewa tapak bazar Ramadan Jalan TAR RM20,000 sedangkan DBKL sewakan RM1000 saja” – Taktik licik penyewa tapak sewakan kepada pihak ketiga sukar dikesan

Justeru, DBKL telah melakukan pelbagai insiatif bagi mengekang gejala tersebut, antara lain mengenakan kompaun RM1,000 kepada peniaga yang menyewa lot gerai mereka kepada pihak ketiga, merampas barangan serta nama mereka disenaraihitamkan daripada memohon lesen perniagaan.

Namun begitu, inisiatif yang diambil oleh pihak berkuasa itu gagal mengatasi masalah di dua kawasan itu umpama ‘pisang goreng panas’, bahkan individu yang memperoleh lot berkenaan jelas melanggar syarat ditetapkan dengan sentiasa mencari jalan untuk mengaut keuntungan atas angin.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata DBKL tidak pernah mengenakan sewa tinggi malah kebiasaan pada kadar di bawah RM1,000 sepanjang bulan Ramadan.

 

Namum, katanya, peniaga yang tidak bertanggungjawab muncul setiap musim Ramadan di lokasi berkenaan dengan taktik baharu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurutnya, salah satu taktik terbaharu yang dikesan oleh DBKL ialah peniaga yang berjaya mendapat lot berkenaan akan mendaftar penyewa atau pihak ketiga sebagai pekerja atau pembantu bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Katanya, taktik licik itu sukar dikesan namun DBKL telah menempatkan anggota penguat kuasa sepanjang masa di kawasan berkenaan bagi menangani masalah tersebut.

“Kami akan terus memburu mereka ini sebab agak keterlaluan mereka menyewakan tapak sehingga RM20,000 sedangkan kami (DBKL) sewakan tapak itu sangat rendah.

“Kami wujudkan peluang perniagaan di bulan yang mulia tapi mereka sanggup mengambil kesempatan dan ini yang yang membuat saya rasa kecewa,” katanya kepada Bernama.

Katanya, sejumlah 5,000 peniaga telah memohon untuk mendapat lot bazar di dua kawasan tersebut tetapi DBKL hanya dapat menyediakan 400 lot sahaja berikutan pelaksanaan projek ‘River of Life’ di kawasan berkenaan.

Difahamkan, dua kawasan tersebut menjadi rebutan golongan peniaga yang sanggup membayar sewa antara RM7,000 sehingga RM55,000 untuk berniaga di kawsan itu sepanjang Ramadan – BERNAMA

Sumber: Mynewshub

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ssg8OI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.