Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kelantan Dapat Pengurangan Denda Tiga Mata - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kelantan Dapat Pengurangan Denda Tiga Mata

KUALA LUMPUR – Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menerima rayuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk meringankan denda pemotongan mata dikurangkan kepada tiga berbanding enam mata sebelum ini.

FMLLP, bagaimanapun mengekalkan sekatan perpindahan pemain untuk jendela kedua ekoran KAFA gagal memenuhi kriteria yang diperlukan.

FMLLP dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan keputusan mengurangkan denda itu dibuat berdasarkan kesungguhan KAFA melengkapkan pendaftaran pasukan dengan mengemukakan pelan pembayaran untuk jumlah yang tertunggak.

Namun, FMLLP berkata pihaknya tidak dapat memberi kelulusan budi bicara ke atas permintaan KAFA kerana menyifatkan perpindahan pemain tidak memberi impak positif kepada kedudukan kewangan persatuan bola sepak negeri berkenaan.

“Rayuan kedua ini dapat dipertimbangkan kerana KAFA telah mengambil langkah proaktif untuk berjumpa dengan pihak FMLLP pada 5 Jun 2017 tentang isu pendaftaran pasukan dan juga rayuan kedua ini telah diiringi dokumen-dokumen sokongan.

“Pertimbangan sewajarnya telah diberi kepada usaha pihak KAFA untuk melangsaikan tunggakan-tunggakan sedia ada melalui dokumen-dokumen yang dihantar kepada FMLLP pada 8 Jun 2017,” menurut kenyataan.

Sementara itu, FMLLP memberi tempoh sehingga 31 Okt depan, kepada KAFA untuk menyelesaikan tunggakan gaji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“FMLLP memohon agar KAFA melengkapkan proses pendaftaran dengan mengemukakan surat penyelesaian gaji, KWSP, Perkeso dan LHDN kepada FMLLP secepat mungkin.

“Jika KAFA gagal melengkapkan proses pendaftaran sebelum hari akhir pada 31 Okt 2017, tindakan boleh diambil untuk menyingkirkan KAFA ke divisyen yang bawah daripada divisyen di mana KAFA sepatutnya bertanding untuk musim 2018,” menurut kenyataan itu.

Kelantan bersama tiga pasukan lain dikenakan pemotongan enam mata dan larangan mendaftar pemain baru pada Mei lalu susulan kegagalan melengkapkan proses pendaftaran pemain melalui Sistem Pengurusan Maklumat Bolasepak (SPMB) sebelum 31 Mac 2017.

Selain Kelantan, turut menghadapi hukuman yang sama adalah T-Team, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tjLVRR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.