Hi! Welcome Back and Stay Tune! Abang Bomba Selamatkan Anak Kucing Comel Takut nak Turun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Abang Bomba Selamatkan Anak Kucing Comel Takut nak Turun

Sri Aman - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekali lagi menjadi hero apabila berjaya menyelamatkan anak kucing comel yang terperangkap di atas bumbung sebuah kedai disini.

Menurut Kosmo!, anak kucing itu dikatakan takut untuk turun dari premis terbabit.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, operasi menyelamat digerakkan apabila pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu dari pemilik kucing tersebut pada pukul 1.25 petang.

Seramai enam anggota dikejarkan ke lokasi dan sebaik tiba, pihaknya mendapati seekor kucing masih berada di bumbung kedai itu.



Menurutnya, enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 1.25 petang.

"Anggota bomba kemudian segera meletakkan tangga di tepi kedai berkenaan untuk naik ke atas bumbung bagi membawa kucing itu turun.

"Anak kucing comel itu kemudiannya berjaya diselamatkan dan hasil pemeriksaan dijalankan tiada sebarang kecederaan pada haiwan itu sebelum diserahkan kepada pemiliknya," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sumber: Kosmo!



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tFsqmh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.