Fasha Sandha Kecewa Lihat Kesan Luka Di Wajah Anaknya
"Macam Mana Dada Jaga Anak?" - Fasha Sandha Kecewa Lihat Kesan Luka Di Wajah Anak Pelakon jelita Fasha Sandha meluahkan kekesalan selepas mendapati wajah anak perempuannya, Puteri Raysha Jemyma, 2, mempunyai kesan cakar dan lebam. Fasha bercerita mengenai kejadian tersebut menerusi dua entri terbaru di laman Instagram miliknya, @fashasandha.
"Apa perasaan seorang ibu, 3 hari tak jumpa anak, bila anak balik rumah ada luka kat muka. Dah la nak raya ni. "Ibu jaga Jemyma 2 tahun 7 bulan satu luka atau parut pun tak pernah kena. Hmmm macam mana dada jaga anak... #frustated #iburayfalraysha @welfs4eva," tulis Fasha di entri pertama.
"Ini adalah kesan cakar dan sedikit lebam. Ya, to some people maybe ia kelihatan kecil, but to me, ini satu perkara yang sangat mengguriskan hati saya. "Untuk melepaskan anak, bukan satu perkara yang mudah. Hanya ibu yang benar-benar ibu yang akan memahami perasaan ini.
Saya paksa diri demi kebaikan anak-anak, bila balik ada lebam luka begini, apa patut saya rasa sebagai seorang ibu? "Yes accidents happen, but sebagai ibu saya berhak untuk tahu kenapa jadi begini pada anak perempuan saya yang tak pernah luka seumur hidup.
"Saya menulis, kerana saya sangat terguris hati, saya bukan marah, bukan juga membesarkan hal, tapi saya menulis kerana saya berhak untuk menulis tentang apa yang saya lalui. Adakah kerana saya seorang artis, saya tidak berhak menulis? "Adakah saya hanya boleh menulis perkara yang MANIS-MANIS dan BAIK sahaja?
Saya seorang ibu, hanya ibu mithali saja yang akan memahami perasaan saya. "Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak saya apabila saya tiada disisi. Ini adalah luka pertama dan luka tu dimuka pula. "Saya berasa kecewa sangat kecewa. Saya yang mengandungkan dan saya yang melahirkan anak saya.
Bila anak saya sakit saya turut merasakan kesakitan. "Tidak berniat memburukkan sesiapa, hanya berkongsi dan saya tetap akan menulis di IG saya sampai bila2, pahit atau manis. Its my IG, remember that always. #iburayfalraysha #frustrated @wlfs4eva," tulis Fasha di entri kedua.
Sebelum ini, pelakon filem Badang The Movie ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 40, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Selain Putri Raysha Jemyma, Fasha dan Rizal turut mempunyai seorang anak lelaki, Putra Rayfal Ramli, 3.
Sumber : kaki share
Sumber :
Sumber : jubahsemalam.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sstxWP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment