Insiden gadis Islam dipukul, dibunuh sebelum dicampak ke dalam kolam cetus kemarahan
Mayat gadis malang itu, Nabra Hassanen, 17, kemudiannya ditemui di sebuah kolam.
Serangan terbaharu di 10 hari terakhir Ramadan ini menimbulkan rasa marah dan sedih buat komuniti Islam di sekitar Masjid All Dulles Area Muslim Society yang terletak 30 minit perjalanan di luar Washington.
Menurut polis, insiden tercetus apabila mangsa dan beberapa rakannya yang sedang berjalan pulang dari masjid bertikam lidah dengan sekumpulan pemandu yang melalui jalan terbabit.Ia menyebabkan seorang pemandu bertindak keluar dari kereta dan memukul gadis terbabit.
Gadis itu kemudiannya dilaporkan hilang oleh rakan-rakannya yang lari menyelamatkan diri.
Pada pukul 3 petang, mayatnya ditemui di dalam sebuah kolam di Sterling.
Susulan insiden itu, polis telah menahan seorang lelaki bernama Darwin Martinez Torres, 22, yang memandu dalam keadaan mencurigakan.
Polis kemudiananya mendapatkan waran tangkap terhadapnya atas tuduhan membunuh terhadap lelaki terbabit namun menolak motif serangan adalah kerana jenayah kebencian.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sstomu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment