Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lagi mahal dari kereta, samping dijual RM50,000 sehelai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lagi mahal dari kereta, samping dijual RM50,000 sehelai

Seorang peniaga Pasar Kedai Payang di Kuala Terengganu mendedahkan harga samping songket pernah mencecah RM50,000 sehelai. Namun, Wan Mohd Shukri Wan Awang berkata tiada lagi permintaan untuk samping songket asli Terengganu itu pada masa ini, lapor Kosmo!.

“Selain kuasa beli pelanggan yang semakin kurang, ia juga disebabkan persaingan songket tiruan buatan India dan Indonesia yang jauh lebih murah,” katanya.

Pereka fesyen, Zamzam Mohd Salim pula berkata samping berharga RM30,000 sehelai pernah dijual kepada dua ahli perniagaan dari Sabah dan Sarawak, tahun lalu.

Beliau berkata samping songket paling mahal dijual tahun ini ialah RM15,000 kepada individu dari Brunei.

“Kebanyakan pembeli samping songket Terengganu yang ditempah khas dari golongan berstatus tinggi seperti menteri, kerabat diraja dan ahli perniagaan.

“Songket yang mahal biasanya dibuat atas tempahan,” katanya yang sudah 23 tahun bekerja di Bak Tailor.

Tinjauan akhbar itu yang membandingkan harga kereta Perodua Axia bermula RM24,000 seunit, menunjukkan samping bernilai ribuan ringgit mendapat sambutan.

Zamzam berkata harga ditentukan mengikut jenis benang, kain, corak dan upah tenunan manakala warna pilihan ramai ialah cerah dan bermotif bunga.

 

Sumber :
– http://ift.tt/1aoZXzE



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvfdvC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.