Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Aku Akan Halang Hang Sampai Tol" - Viral Video Bezza Halang Honda City Dari Memotong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Aku Akan Halang Hang Sampai Tol" - Viral Video Bezza Halang Honda City Dari Memotong


IPOH, PERAK - Viral video sebuah kereta Honda City dipercayai 'dibuli' oleh pemandu kereta Perodua Bezza berwarna biru yang enggan memberinya laluan untuk memotong. 

Video yang dimuat naik di sebuah group Facebook menyatakan kejadian itu berlaku pada jam 7.41 pagi tadi di mana pemandu wanita berkenaan enggan memberi laluan. Namun, tidak dinyatakan apa punca awal kejadian itu berlaku. 

Berdasarkan video berdurasi 1 minit 39 saat menunjukkan, pemandu Honda City berkenaan cuba memotong kereta tersebut di lebuh raya dua lorong, tetapi dengan sengaja dihalang oleh pemandu kereta biru terbabit. 
Menurut perbualan yang dirakam video itu, seorang wanita mendakwa pemandu kereta terbabit berkata dia akan menghalang mereka sampai ke tol. 

"Dia kata, aku akan halang hang sampai tol. Nampak, perangai? Dia yang kurang ajar," katanya yang juga difahamkan akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Tidak puas hati dengan tindakan pemandu terbabit, pemandu Honda City itu kemudian membunyikan hon berpanjangan sebelum berjaya memotong kereta terbabit. 

Salah seorang penumpang dilihat cuba merakam wajah pemandu terbabit dari dekat, namun tidak dapat dirakam dengan jelas. Malah pemandunya sempat menunjukkan isyarat jari tengah pada perakam video berkenaan. 

Meskipun video tersebut viral di media sosial, netizen juga mendesak individu berkenaan menceritakan bagaimana kejadian itu boleh berlaku, selain menunggu pemandu wanita berkenaan tampil memberikan penjelasannya. 

Sumber: The Reporter


✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wR1zcF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.