Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aliff Aziz punya hal, orang lain yang bergaduh: “Siapa yang mula dulu? Zed Zaidi yang macam samseng” – Nick Mikhail jawab isu ugutan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aliff Aziz punya hal, orang lain yang bergaduh: “Siapa yang mula dulu? Zed Zaidi yang macam samseng” – Nick Mikhail jawab isu ugutan

ARTIS dari Singapura iaitu Nick Mikhail Razak menganggap Presiden Seniman, Zed Zaidi tidak profesional dalam tugasnya kerana bertindak seperti seorang samseng.

 

 

Aliff Aziz punya hal, orang lain yang bergaduh: "Siapa yang mula dulu? Zed Zaidi yang macam samseng" - Nick Mikhail jawab isu ugutan

Aliff Aziz punya hal, orang lain yang bergaduh: “Siapa yang mula dulu? Zed Zaidi yang macam samseng” – Nick Mikhail jawab isu ugutan

 

Nick Mikhail berkata, dia tidak berpuas hati dengan cara Zed Zaidi memberi nasihat dalam satu rakaman video ketika disiarkan sebuah blog hiburan mengenai isu rumah tangga Aliff Aziz.

“Siapa yang mula dulu sekarang?  Kalau dia tak ketuk gendang, saya tak menari. Awalnya saya cuba untuk cool dan tidak mahu ambil ‘pot’ (kisah) tapi bila tiba satu part dia mengeluarkan kenyataan lebih kurang berbunyi: Lu buat sekali lagi, wa cari lu sampai dapat wa dapat wa bunuh,” saya rasa itu sudah melampau.

“Itu ayat selalu digunakan samseng dan sebagai rakyat Singapura saya rasa saya bertanggungjawab untuk menengur dengan cara yang sama,” katanya.

 

Nick Mikhail Dapat Habuan Kerana Mulut Celupar

Nick Mikhail berkata demikian dalam satu rakaman video berdurasi 48 minit yang dimuatnaik ke laman Facebook miliknya sekitar pukul 2 pagi, Jumaat.

Persatuan Seniman pada Khamis telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati terhadap Nick Mikhail kerana didakwa menggugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Zed Zaidi dalam rakaman video dibuatnya.

Nick Mikhail 

Nick yang sudah 17 tahun melibatkan diri dalam dunia lakonan Singapura berkata, dia tidak pernah mempunyai masalah dengan Seniman dan artis-artis di Malaysia melainkan dengan Zed Zaidi sahaja.

Ujarnya, selagi Zed tidak menarik balik kenyataannya yang dibuat seperti gengster terhadap Aliff Aziz yang juga artis dari Singapura, selama itu dia tidak akan memaafkan perbuatan Zed berkenaan.

“Saya tak benci orang Malaysia, saya tak benci Seniman malah dalam video saya tidak ada pun kutuk Seniman atau sesiapa dan teguran itu hanya untuk Zed Zaidi. Ada yang sifatkan ia berbaur ugutan, sedangkan pada saya ia hanya satu teguran.

Zed Zaidi

“Mungkin penggunaan bahasanya kasar di mana saya menggunakan bahasa-bahasa yang sering digunapakai samseng, ditambah pula dengan imej saya sebegini maka ia disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Saya bertindak begitu pun kerana mengikut cara dan rentak Zed Zaidi menegur Aliff,” katanya.

Dalam pada itu Nick Mikhail yang pernah mendatar sebagai ahli Seniman pada 2003 bagaimanapun memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia jika apa yang dilakukannya mengguris perasaan namun tindakan itu hanyalah dibuat untuk Zed Zaidi.

Di satu sisi katanya, dia tidak mengatakan Aliff Aziz tidak bersalah namun penyanyi tersebut sudah membuat sidang media secara terbuka dan mengakui kesilapannya maka Zed sebagai orang yang profesional harus bertindak dengan cara yang betul untuk menegur.

Tambah Nick yang pernah berlakon bersama filem Bicara Hati arahan Datuk Rosnani Jamil sekitar tahun 2004 ini lagi, dia menyerahkan kepada pihak polis Malaysia untuk menentukan sama ada dia bersalah atau tidak selepas pihak Seniman membuat laporan.

Siapa Samseng? – Zed Zaidi

Dalam pada itu Zed Zaidi yang dihubungi mempersoalkan siapakah samseng dalam hal ini.

Kata Zed, selama dia memberi kenyataan dengan pihak media, dia tidak pernah bersikap sedemikian sebaliknya bercakap mengikut peraturan yang betul.

“Saya tahulah undang-undang negara Malaysia, undang-undang negara dia saya tak tahu,” katanya.

Tambah Zed Lagi, dia tidak pernah menyebut perkataan ‘nak bunuh lu’ seperti dikatakan Nick Mikhael itu sebaliknyta Zed hanya berkata ‘lu buat kali kedua, gua cari lu sampai dapat’ kepada Aliff Aziz.

Kata Zed, kalau Nick Mikhail mahu membela artis negaranya, dia perlu menjadi presiden mewakili artis negara itu terlebih dahulu agar apa yang hendak diperkatakannya boleh diterima pakai.

“Sekarang ni dia tak ada mewakili mana-mana (persatuan) pun. Dia bercakap atas hak individu. Yang saya nampak dia ni mungkin ada masalah peribadi dengan saya kerana kami pernah terlibat dalam penggambaran bersama tak lama dulu,” katanya.

Ditanya tidakkah ada usaha untuk mereka berdamai Zed bagaimanapun meminta untuk Nick Mikhail mengubah dirinya terlebih dahulu.

Sumber: Mstar



Sumber Aliff Aziz punya hal, orang lain yang bergaduh: “Siapa yang mula dulu? Zed Zaidi yang macam samseng” – Nick Mikhail jawab isu ugutan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uqgPXY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.