Budak Terperangkap Dalam Mesin Basuh
KHARKOV (UKRAINE): Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun terperangkap di dalam sebuah mesin basuh ketika bermain sorok-sorok dengan adiknya.
Kanak-kanak itu mungkin menemui tempat paling sesuai untuk menyorok di dalam peralatan elektrik itu di rumahnya di sini.
Bagaimanapun, apabila menyedari dirinya terperangkap di dalam mesin basuh itu, budak itu menjerit meminta tolong.
Ibu bapa budak itu yang panik segera menghubungi bomba selepas usaha mereka untuk mengeluarkan mangsa juga gagal.
Empat anggota bomba yang tiba beberapa minit kemudian, melumur kanak-kanak itu dengan minyak bunga matahari dan cara itu berjaya apabila mangsa berjaya keluar dengan sendiri.
Sementara itu, pada hari yang sama polis menyelamatkan seorang budak lelaki berusia empat tahun yang hilang selama 10 jam sebelum ditemui terperangkap di celah dua blok konkrit ketika bermain sorok-sorok.
Ibu bapa kanak-kanak itu menghubungi polis selepas mangsa hilang dari rumah mereka di kampung Novorudniy di Orenburg, Russia.
Operasi besar-besaran dan dibantu anjing pengesan selama 10 jam akhirnya menemui kanak-kanak itu terperangkap di celah dua blok konkrit di kawasan rumahnya.
Polis berkata, kanak-kanak itu tidak menjerit meminta tolong kerana terlalu letih.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius.-Agensi
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x3tSUq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment