Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Dia Sangat Kejam!” - Sufi Kongsi Kisah Gelap Dicabul Lelaki Pedofil Seawal Umur 12 Tahun.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Dia Sangat Kejam!” - Sufi Kongsi Kisah Gelap Dicabul Lelaki Pedofil Seawal Umur 12 Tahun..

3757


"Demi Allah saya katakan saya tak dapat lupakan setiap sudut apa yang berlaku." - Sufi Rashid.

Hari demi hari, kes penderaan seksual kanak-kanak semakin meningkat. Ini adalah satu perkara yang amat membimbangkan semua pihak dan pastinya memberi kesan yang mendalam terhadap mangsa.


Menjadi mangsa pedofil semestinya adalah satu fasa kehidupan yang amat sukar untuk dilalui. Memori-memori hitam tersebut amat susah dilupakan oleh mangsa dan kadangkala menghantui mangsa seumur hidup.

Seperti yang diceritakan oleh Sufi Rashid, juara Akademi Fantasia 2015, satu ketika dulu beliau pernah menjadi mangsa pedofil dan detik hitam yang dilaluinya itu memang tidak dilupakan sehingga hari ini.

Dalam satu temubual bersama 5Thumbs baru-baru ini, Sufi memberitahu, pengalaman pertama beliau sebagai mangsa pedofilia bermula sejak beliau berumur 12 tahun.

Pada ketika itu beliau dipilih sebagai salah seorang penyanyi idola kecil dan mempunyai seorang pengurus yang perlu menguruskan jadual hariannya


Beliau memberitahu, hubungan mereka berdua sangat akrab tidak ubah seperti abang dan adik. Pengurus yang dirahsiakan identitinya itu dikatakan sangat penyayang dan memang menjaga beliau dengan baik sehinggalah satu malam apabila Sufi diajak untuk tidur di rumahnya.

"Semasa itu umur saya 12 tahun dan tidak tahu beza baik dan buruk. Malam tu dia cuba ambil kesempatan dekat saya. Dia suruh saya buka baju, tidur dengan dia dan suruh saya pegang 'pisang' dia.Sebagai mangsa pedofil, demi Allah saya katakan saya tak dapat lupakan setiap sudut apa yang berlaku," ceritanya.

Image via www.badukan.com

Beliau memberitahu beliau diumpan dengan permainan video game untuk melakukan perkara keji tersebut

Sebagai seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun, Sufi sendiri tidak mampu menilai adakah perkara yang dilakukannya itu adalah benar atau salah. 


"Waktu itu saya tak tahu nak kata perkara itu betul atau salah. Tapi saya malu nak berkongsi perkara tersebut dengan ibu saya.Tapi dia pandai berlakon bagi mengelakkan ibu dan orang luar tahu mengenai perkara tersebut," sambungnya lagi.


Sehingga satu masa, Sufi dan rakannya pernah digari oleh polis yang dihubungi oleh ibunya sendiri akibat mengasari pengurusnya itu

"Sampaikan saya dan kawan saya pernah bertumbuk dengan lelaki tersebut dan digari polis. Ibu saya sendiri yang hubungi polis bukan mengambil tindakan terhadap dia tapi terhadap saya. Sampai macam tu sekali," katanya.

Menurutnya, laporan pernah dibuat tetapi kes beliau itu telah ditutup kerana tiada bukti. 


"Kalau Islam tu menghalalkan pembunuhan, kalau saya jumpa dia saya bunuh dia. Dia sangat kejam dengan saya, sangat kejam dengan ibu saya dan keluarga saya" katanya dalam nada tegas.

Pengalaman menjadi seorang mangsa pedofil pastinya memberi kesan yang cukup mendalam terhadap mangsa-mangsanya. Kami doakan semoga Sufi terus tabah dan berjaya dalam karier beliau.


Tonton video penuh temuramah tersebut di bawah:

"Saya merasa jijik, bila saya ingat balik apa yang telah dia lakukan pada saya. Dia pegang, dia rogol saya... Pada awak tu, takpe tunggu di akhirat, kita tuntut dari awak." - Sufi Rashid. 

Credits: Artist - Sufi Rashid Host .(SAYS)


    ✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

    Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v2Gs4U

    (✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


    No comments

    Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

    Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.