Elfira Loy umum bakal bertunang dengan Sufian Suhaimi Oktober ini
Pelakon Elfira Loy bakal melangsungkan pertunangan dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada Oktober depan.
Bagaimanapun kata Elfira, 23, keluarganya masih belum menetapkan tarikh sesuai untuk mengadakan majlis tersebut namun memberitahu majlis itu akan diadakan di kediamannya yang terletak di Cheras.
“Insya-Allah saya dan Sufian akan melangsungkan pertunangan pada Oktober ini.
“Bagaimanapun tarikh untuk mengadakan majlis itu masih belum ditetapkan kerana keluarga kami berdua belum berkesempatan bertemu dan berbincang.
“Tetapi yang pasti majlis itu akan diadakan di rumah saya di Cheras,” katanya kepada mStar Online.
Elfira ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta produk, Maydan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, Elfira berkata, mereka berkemungkinan akan disatukan sebagai suami-isteri pada tahun hadapan.
Pada Jun lalu, Sufian menghantar rombongan merisik Elfira selepas empat bulan berkawan rapat dan mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.
Sumber: MStar
Sumber Elfira Loy umum bakal bertunang dengan Sufian Suhaimi Oktober ini
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vCwGUO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment