Hi! Welcome Back and Stay Tune! Inikah Cara DAP Perjuangkan Hak Rakyat? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Inikah Cara DAP Perjuangkan Hak Rakyat?



Pada kempen Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, DAP dengan lantang menyuarakan hasrat mereka untuk memperjuangkan nasib rakyat andai mereka berjaya memenangi sesuatu kerusi. Pelbagai agenda dan manifesto mereka sebarkan termasuk usaha mereka memburukkan Barisan Nasional samada UMNO mahupun parti komponennya.

Hasil daripada hasutan mereka inilah akhirnya DAP berjaya memenangi lebih 40 buah kerusi, pencapaian paling tinggi parti berkenaan sejak penubuhannya sekitar tahun 1966. Lebih memburukkan keadaan, cara yang sama turut diamalkan oleh rakan Pakatan Rakyat mereka, PKR dan PAS untuk meraih undi di mana secara keseluruhannya, mereka memenangi 87 buah kerusi Parlimen.

Empat tahun sudah berlalu dan sepanjang 4 tahun inilah nasib rakyat yang diwakili oleh DAP dan parti komponen Pakatan Harapan mereka mengabaikan rakyat. Lihat sahaja bagaimana Lim Kit Siang, Penasihat Agung DAP meninggalkan terus Parlimen Gelang Patah sehinggakan penduduk di Parlimen berkenaan memasang kain rentang mempersoalkan kemana hilangnya Kit Siang.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa rakyat yang diwakili DAP hari ini terkial-kial mencari tempat untuk mereka mengadukan permasalahan mereka. Justeru, sebagai jalan alternatif, mereka tampil ke pusat-pusat aduan rakyat yang ditubuhkan oleh MCA untuk meluahkan permasalahan mereka.

Tidak dinafikan, MCA adalah salah sebuah parti yang bergiat aktif terhadap akar umbi di satu-satu kawasan tanpa memperdulikan sentimen politik. Tanpa memperdulikan apa jua masalah, kebanyakan wakil-wakil MCA di kawasan-kawasan yang secara amnya dikuasai DAP, mereka tampil menghulurkan bantuan.

Mungkin ada yang menganggap ianya salah satu helah apabila menjelangnya Pilihan Raya namun hakikatnya, MCA telah menggerakkan jenteranya sejak lebih 4 tahun yang lalu di mana dua tahun terakhir ini, gerak kerja parti ini dipertingkatkan untuk merampas semula kerusi-kerusi yang dimenangi oleh pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Sangat jelas bahawa DAP dan kesemua parti komponen Pakatan Harapan memang mengabaikan rakyat. Mereka lebih memfokuskan isu nasional tanpa memperdulikan apa jua masalah rakyat. Mungkin sudah tiba masanya peralihan ini wajar dilakukan demi memastikan nasib rakyat terus terbela di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vUmESM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.