Hi! Welcome Back and Stay Tune! Balan-Balan Atau Penanggal, Asal-Usul Dan Kewujudannya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Balan-Balan Atau Penanggal, Asal-Usul Dan Kewujudannya

Balan-Balan Atau Penanggal, Asal-Usul Dan Kewujudannya

Di Sabah terutamanya di daerah Kota Belud sememangnya popular dengan kisah atau cerita seram mengenai hantu balan-balan. Balan-balan atau penanggal merupakan seorang manusia biasanya wanita yang telah menuntut ilmu hitam untuk kepentingan tertentu. Biasanya ilmu ini ditutup untuk mengekalkan kecantikan dan untuk hidup kekal selamanya.

Menerusi urangsabah.com, kami kongsikan kepada anda semua asal usul dan kewujudan Balan-Balan atau Penanggal, kisah yang sering menghantui penduduk sekitar Sabah.

Asal Usul Balan-Balan Atau Penanggal

Mereka yang digelar balan-balan biasanya mampu memisahkan kepada dari badannya dan kepala mereka dikatakan mampu terbang ke mana-mana sahaja untuk mencari mangsa dengan usus perut terurai-urai. Darah yang menitis dari urat perut mereka dikatakan mempunyai bisa yang akan menyebabkan kudis kepada sesiapa sahaja yang terkena.

Mereka yang menuntut ilmu hitam ini dipercayai menyimpan cuka dalam tempayan, cuka ini digunakan untuk memeram urat perut mereka agar menjadi kecut sebelum bercantum kembali ke dalam badannya. Menurut cerita penduduk, sekiranya tubuh mereka dijumpai dan diterbalikan, kepala mereka akan tercantum dalam keadaan terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar dan akan dikenali oleh masyarakat setempat.

Asal Usul Balan-Balan Atau Penanggal

Balan-balan dikatakan sangat menyukai darah perempuan yang baru bersalin, sekiranya balan-balan menghisap darah mereka, mereka akan mati dengan serta-merta kerana mengalami pendarahan yang teruk. Untuk menghalang balan-balan dari mendekati rumah wanita bersalin ialah dengan meletakkan mengkuang yang berduri, dikatakan bahawa penanggal atau balan-balan takut untuk mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya akan tersangkut pada duri mengkuang tersebut.

Mereka juga dikatakan menyerupai cahaya putih jika sedang terbang. Hantu ini biasanya dituntut oleh seseorang wanita bagi membantu mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman dan sebagainya. Namun begitu, bukan hanya wanita sahaja yang menuntut ilmu ini, tetapi lelaki juga turut menuntutnya.

Asal Usul Balan-Balan Atau Penanggal

Untuk pengetahuan pembaca, balan-balan sebenarnya merupakan sejenis penyakit keturunan. Pengamal ilmu ini akan menjangkiti keturunannya melalui makanan, oleh kerana itulah balan-balan kini dipanggil sebagai satu penyakit oleh sesetengah masyarakat. Mereka biasanya datang dari orang yang menuntut ilmu hitam yang mudah didapati di kawasan pedalaman Sabah.

Terdapat dua jenis balan-balan iaitu yang berjalan di waktu malam mencari mangsanya dengan badannya sekali. Berbeza dengan satu lagi yang hanya kepalanya sahaja yang akan terbang, bermula jam lapan malam hingga matahari terbit. Balan-balan jenis ini akan meninggalkan tubuhnya di suatu tempat dan hanya kepalanya sahaja yang merayau-rayau mencari mangsa.

Asal Usul Balan-Balan Atau Penanggal

Balan-Balan atau Penanggal bukanlah sejenis syaitan atau jin, tapi sering dipanggil hantu kerana menyeramkan dan makhluk ini sebenarnya berasal daripada manusia jadi-jadian iaitu orang yang mengamalkan ilmu hitam secara turun temurun dari nenek moyang mereka.


Sumber Balan-Balan Atau Penanggal, Asal-Usul Dan Kewujudannya

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uwKb7S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.