Instagram Kini Membolehkan Anda Berkongsi Album Dengan Gambar Menegak Atau Melintang
Instagram sebelum ini sedia menyertakan fungsi untuk berkongsi lebih daripada satu gambar dalam sesuatu perkongsian – atau apa yang dipanggil ramai sebagai “album”. Walaubagaimanapun, ketika pengenalan, perkongsian gambar dalam bentuk album berkenaan hanya terhad kepada gambar-gambar berbentuk segi empat sama sahaja.
Hari ini, hal berkenaan berubah. Instagram kini menyokong keupayaan untuk menerbitkan gambar dalam bentuk menegak atau melintang sebagai album. Walaubagaimanapun, sekiranya anda memilih gambar berbentuk menegak (potrait), semua perkongsian perlulah sama – dan begitu juga sebaliknya.
Kemaskini baru ini hadir pada aplikasi terkini iOS dan Android dengan angka versi 12 dan terkini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vpzXL4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment