Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jadi Wanita Kebanggaan Suami, 5 Saranan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, Rugi Tak Buat! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jadi Wanita Kebanggaan Suami, 5 Saranan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, Rugi Tak Buat!


Memastikan rumahtangga bahagia sehingga membuatkan orang lain mencontohi kerukunan rumah tangga kita memang sukar. Mungkin terlalu jauh untuk dijadikan contoh kepada semua orang. Namun memastikan rumah tangga yang bahagia dan harmoni sebenarnya terletak kepada diri kita sendiri.

Sebagai isteri, apa yang menjadi keutamaan bagi kita adalah pastinya menjaga kepentingan suami. Kalau anda mampu buat suami bahagia dan bangga dengan anda, itulah bonus terbesar buat anda. Soalnya bagaimana?

Menurut Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, semua wanita harus belajar untuk menjadi kebanggaan suami masing-masing. Inilah rahsia kunci bahagia dalam rumah tangga. Ini yang disarankan oleh beliau.

1. Taat Pada Allah

Taat pada Allah sebagai asas untuk taat kepada suami. Jika perintah Allah dituntut dengan sebaiknya pasti semua isteri akan tahu tanggungjawabnya pada suami. Walau suami tak pernah puji dalam hatinya dia bangga bila mana memiliki seorang isteri yang patuh pada agama!

2. Perbaiki Pakej Diri

Pakej diri seorang wanita tentunya cantik luar dan dalam. Jadi perbaikilah diri anda secara dalaman dan luaran. Kalau hati bersih dan tak ada buruk sangka atau niat yang tidak baik ditambah pula dengan luaran yang cantik, suami pasti sangat bangga.

3. Ikhlas Taat

Taat kepada suami dengan seikhlas hati adalah satu ibadah. Mana-mana suami pasti bangga jika miliki seorang isteri yang taat dan patuh dengan apa yang dimintanya. Tapi pastinya ketaatan anda dilakukan dengan seikhlas hati. Ikhlas hati kita boleh dilihat dengan jelas. Suami apatah lagi.

4. Berhias Diri

Jadi isteri kenalah pandai berhias diri, cantik dan wangi untuk suami. Kalau suami hendak balik daripada kerja, bersiaplah secantik mungkin untuk suami. Semburlah apa yang patut untuk lebih wangi. Suami bangga punya isteri begini. Usaha anda bukan sia-sia!

5. Sayang Mertua Dengan Ikhlas

Hormat dan sayangilah keluarga mertua anda dengan ikhlas hati. Jadi diri sendiri dan sayangilah mereka seperti keluarga anda sendiri. Walaupun suami tidak pernah beritahu tetapi dalam hatinya dia cukup bangga apabila isterinya jadikan ibu dan ayahnya sebagai keutamaan.Ini penting!

Sumber: Keluarga.my


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u8WqeL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.