Jemaah Haji Malaysia Dipilih Terima Penghargaan Di Masjidilharam
MEKAH - Dua jemaah haji Malaysia yang berada di Masjidilharam semalam bertuah selepas menerima hadiah dan penghargaan daripada Imam masjid itu, Dr Abdul Rahman Abdul Aziz Al-Sudais dalam satu majlis di perkarangan Masjidilharam semalam.
Mohamad Khair Jamaen, 48 dari Seremban dan Suhaim Wan Ab Hamid, 43 dari Kelantan dipilih secara rambang daripada ratusan ribu jemaah bersama lapan jemaah dari negara lain untuk menerima penghargaan itu.
“Pihak berkuasa Arab Saudi menarik saya semasa saya sedang hendak memulakan solat Maghrib di masjid. Saya tidak tahu apa kesilapan yang telah saya buat. Saya jadi takut.
“Saya besyukur, rupanya saya insan bertuah kerana diberi penghargaan ini,” kata Mohamad Khair selepas menerima penghargaan itu kepada wartawan Malaysia di Masjidilharam, di sini semalam.
Dia bersama sembilan lagi jemaah haji telah dibawa ke satu kawasan berkarpet dan berpagar untuk melalukan solat maghrib di situ, tanpa mengetahui apa yang akan berlaku.
Wartawan Malaysia, Ainol Amriz Ismail (Utusan Malaysia); Ahmad Lokman Mansor (NST), Elmi Rizal Elias (Bernama) dan Nasharuddin Muhammad (Harian Metro), berpeluang menyaksikan majlis bersejarah itu.
Sementara itu Wan Suhaimi yang terpisah dengan isterinya, Nadzrimah Moktar, 40 dan gagal menghunginya melalui telefon kerana ‘ditahan, dalam majlis tersebut.
“Saya terkejut ditahan tapi akhirnya saya bersyukur kerana diberi penghargaan ini. Saya berpeluang bertemu dan bersalam dengan Imam Masjidilharam,” katanya sambil tersenyum.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui laman web rasmi Masjidilharam, pemberian hadiah itu adalah sebahagian dari kempen “Berkhidmat untuk jemaah haji adalah satu penghormatan bagi kami”.
Terdahulu majlis serupa diadakan pihak Masjidilharam
Kesemua penerima penghargaan itu mendapat senaskah al-Quran, sejadah dan air zamzam. - UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u9z0WR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment