Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kami Diarah Untuk Sentiasa Peka dan Sensitif Masalah Rakyat – Michael Tiang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kami Diarah Untuk Sentiasa Peka dan Sensitif Masalah Rakyat – Michael Tiang

KUCHING: Tugas Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak memerlukan mereka sentiasa peka dan sensitif terhadap masalah rakyat, malah tugasan yang diberi tidak hanya untuk menangani masalah rakyat di kawasaan Barisan Nasional (BN), tetapi juga merangkumi kawasan yang diwakili parti pembangkang.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Michael Tiang berkata, tugas yang diarahkan Ketua Menteri memerlukan mereka sentiasa peka dan sensitif terhadap masalah rakyat.

Menurutnya, tugas mereka bukan hanya untuk menangani permasalah rakyat kawasan yang diwakili pemimpin BN tetapi juga meliputi kawasan yang diwakili Parti Tindakan Demokratik (DAP).

“Selalunya kami sentiasa sibuk dengan tugas memenuhi berbagai pertanyaan, isu atau keperluan yang dibangkit oleh rakyat terutama sekali di kawasan yang diwakili serta dipinggir oleh wakil Rakyat DAP.

“Wakil Rakyat DAP selalu memberi alasan bahawa mereka tidak dapat memberi perkhidmatan dgn berkesan atau sumbangan kerana mereka adalah pembangkang dan tiada peruntukan,” katanya

Beliau berkata, apa yang peliknya, mereka (DAP) mempunyai banyak masa dan sentiasa sibuk dengan bermain politik, menyebar berbagai fitnah yang melampau serta tuduhan-tuduhan tidak berasas yang boleh menyebabkan suasana buruk-sangka dan provokasi politik.

“Kami telah diarah oleh YAB Ketua Menteri untuk sentiasa peka dan sensitif dengan keluhan dan permasalahan rakyat tanpa mengira kaum, dan melaporkan segera untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Terdahulu Sarawakiana melaporkan, Aziz menerusi akuan Facebooknya mempersoal kewajaran serta fungsi seramai 31 Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak yang dakwa terlalu ramai berbanding Ketua Menteri Pulau Pinang yang hanya melantik seorang Setiausaha Politik.

Untuk rekod, keluasan negeri Sarawak adalah 124,450 km persegi bersamaan 120 kali lebih besar dari Pulau Pinang yang hanya keluasan 1,046.3 km persegi. - Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vyvaqw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.