Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-Kanak Berusia 7 Tahun Dirantai Seperti Binatang Oleh Ibu Bapanya Akibat Terlalu Nakal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-Kanak Berusia 7 Tahun Dirantai Seperti Binatang Oleh Ibu Bapanya Akibat Terlalu Nakal


Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun telah dirantai oleh ibu bapanya di tangga luar rumahnya sebagai hukuman ke atas kenakalannya di China baru-baru ini.

Tindakan pasangan suami isteri itu terbongkar apabila video dikongsi di aplikasi Wechat tersebar di media sosial China.

Hasil rakaman dari jiran tetangganya, kanak-kanak lelaki itu berdiri di luar rumah tanpa alas kaki dengan tangannya diikat seperti binatang.


Dalam rakaman itu juga, kelihatan seorang budak perempuan telah berkongsi roti dengan kanak-kanak lelaki tersebut sementara tangannya masih terikat oleh rantai logam.

Berdasarkan rakaman itu, kanak-kanak lelaki itu mendakwa telah dipukul oleh bapanya dan dirantai di tangga untuk sepanjang malam.

“Dia juga tidak diberikan makanan atau minuman,” katanya lagi.

Dalam satu kenyataan, pegawai polis Maguan telah melawat tempat itu pada 24 Ogos lepas untuk membuat siasatan lanjut.


Ibu bapa kanak-kanak tersebut memberitahu bahawa anaknya terlalu nakal dan selalu melanggar peraturan.

Mereka terpaksa mengikat tangannya untuk menghalang untuk memusnahkan harta benda jirannya.

Ibu bapanya juga mengakui telah menghukum kanak-kanak itu sebanyak dua kali dengan mengunci tangannya dengan rantai pada bulan Ogos ini namun tiada kecederaan yang ditemui.


Menurut Pentadbiran Keselamatan Awam, Ibu bapa terbabit telah diberi amaran lisan kerana tidak mendidik anak dengan cara yang betul.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gokftf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.