NASA Cari Calon Pegawai Perlindungan Planet
NEW YORK - Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) kini mencari individu yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan bagi Pegawai Perlindungan Planet.
Portal BBC melaporkan, jawatan tersebut diwujudkan dengan matlamat untuk mempertahankan Bumi daripada ‘dijajah’ makhluk asing.
Secara terperincinya, calon yang layak mengisi jawatan terbabit perlu mengelakkan berlakunya ‘pencemaran biologi dalam tubuh manusia selain menjalankan penerokaan angkasa robotik’.
Disebabkan tugas yang kelihatan begitu ‘mencabar’, gaji yang ditawarkan juga agak menarik.
Difahamkan, mereka yang menjawat jawatan itu akan menerima gaji tahunan antara AS$124,406 (RM532,892) hingga AS$187,000 (RM801,013).
Iklan mengenai kekosongan jawatan itu telah dibuka kepada semua warga Amerika Syarikat (AS) yang berminat sejak Julai lalu dan tarikh tutup permohonan ditetapkan pada pertengahan bulan ini.
Bagaimanapun, tidak ramai yang menyedari kewujudan iklan tersebut.
Dalam pada itu, NASA turut menekankan kriteria yang perlu dimiliki oleh setiap individu sebelum memohon jawatan berkenaan.
Selain memiliki pengetahuan berkaitan ‘perlindungan planet’, calon juga perlu mempunyai pengalaman dalam mana-mana program angkasa di peringkat kebangsaan.
Lebih penting, calon juga perlu memiliki ijazah dalam bidang fizik, kejuruteraan atau matematik serta boleh menyimpan ‘rahsia’ berkaitan keselamatan negara. - Utusan Online
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u6wvjX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment