Neymar Ketepi Kehendak Ayah
SAO PAULO: Pemain baharu Paris St Germain yang ditandatangani dengan rekod dunia, Neymar berkata, perpindahan bernilai 222 juta euro (RM1.128 bilion) dari Barcelona dibuat bertentangan dengan kehendak bapa yang juga ejennya, Neymar Sr.
Dia tidak menjelaskan apa yang menyebabkan pertelingkahan mereka, namun menerusi entri Instagram dan video dia berkata, buat kali kedua dalam hidupnya, dia membuat keputusan bertentangan dengan bapanya.
"Saya mencipta gabungan serangan dengan (Lionel) Messi dan (Luis) Suarez yang tercatat sebagai sejarah," kata penyerang Brazil itu.
"Saya sudah menang semua yang pemain boleh menangi. Tetapi seorang pemain (saya) perlukan perubahan. Dan buat kali kedua dalam hidup saya, saya buat keputusan bertentangan dengan ayah saya.
"Ayah, saya faham dan menghormati pandangan ayah tetapi keputusan saya sudah dibuat. Saya hanya minta sokongan seperti yang ayah selalu lakukan."
Pemain berusia 25 tahun itu menandatangani perjanjian lima tahun dengan kelab Perancis itu selepas mereka bersetuju membayar klausa kontrak pembelian dari Barcelona, dan berkata keputusan untuk meninggalkan kelab yang disertainya pada Jun 2013 dibuat bersendirian.
"Saya rasa dalam hati masanya sudah tiba buat saya meninggalkan kelab," katanya.
"Ia keputusan yang sukar tetapi saya melakukannya dengan kematangan yang saya kumpul sejak 25 tahun." - REUTERS
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hstHvO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment