Polo: KJ catat sejarah Menteri pertama rangkul emas
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mencatat sejarah hari ini apabila menjadi menteri pertama menyumbangkan pingat emas untuk negara dalam temasya Sukan SEA.
Dalam perlawanan akhir polo ekuestrian Sukan SEA Ke-29 hari ini, skuad negara yang diketuai Shaik Reismann Mohamed Ismail berjaya menewaskan Thailand 9-8 sekaligus mengulangi sejarah sepuluh tahun lalu.
Dalam aksi yang berlangsung di Taman Ekuestrian di sini itu, skuad polo negara berjaya menguasai keempat-empat chukka dan Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman muncul wira apabila menjaringkan enam gol.
Tiga lagi gol Malaysia dijaringkan Mohd. Zulhelmie Nadzar (dua gol) dan Shaik Reismann (satu gol), seorang lagi pemain negara yang beraksi hari ini ialah Abdul Rashid Hasnan.
Bagaimanapun, Khairy tidak beraksi dalam perlawanan akhir tersebut.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Polo: KJ catat sejarah Menteri pertama rangkul emas
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wQHvXB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment