Suami Selamat, Isteri & Anak Maut Kemalangan Jalan Raya
Dua beranak dari Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor, maut selepas kereta Proton Gen 2 dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan treler di KM 63.3 Lebuhraya Desaru-Senai, hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Bandar Penawar, Hafiz Rasif berkata, dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, suri rumah, Awa Ismail, 68, dan anaknya Amiruddin Mohamed, 25, meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, turut berada dalam kereta ialah suami Awa yang terselamat.
Menurutnya, lapan anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, seorang lelaki iaitu suami dan bapa kepada mangsa yang maut, sudah dikeluarkan orang ramai. Dia hanya cedera ringan.
“Bagaimanapun, wanita dan anaknya itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.,
Hafiz berkata, Amiruddin tersepit di tempat duduk pemandu manakala Awa tersepit di tempat duduk penumpang di belakang.
"Bomba mengambil masa tiga minit untuk mengeluarkan dua mangsa dan mayat mereka diserahkan kepada polis," katanya.
Mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedah siasat.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u9s4Jr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment