Tiga Keluarga Di Bako Cemas Rumah Rosak Akibat Tanah Runtuh
KUCHING: Tiga keluarga berdepan detik cemas selepas kediaman mereka rosak teruk akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Bako Hulu di sini semalam.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya hanya menerima laporan insiden berkenaan hari ini dan kejadian dikatakan berlaku apabila tebing sungai di kampung tersebut runtuh akibat hakisan.
"Kejadian itu telah mengakibatkan tiga buah rumah yang berdekatan sungai terjejas teruk.
"Kebanyakan kerosakan adalah di bahagian dapur dan tandas," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurutnya, kesemua 14 mangsa selamat dan sudah menerima bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Bagaimanapun, pemantauan dan kawalan ditingkatkan bagi memastikan keadaan selamat - K! ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2htpVSQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment