Turki Ganti Komander Tentera Darat, Udara Dan Laut
ANKARA - TURKI . Badan tertinggi tentera Turki telah membuat keputusan untuk menggantikan komander tentera darat, udara dan laut dalam rombakan terbaharu angkatan pasukan keselamatan, setahun selepas kegagalan cubaan rampasan kuasa tahun lalu.
Ketika Mesyuarat Majlis Tertinggi Tentera (YAS) yang dipengerusikan Perdana Menteri Binali Yildirim di Istana Cankaya, beliau memutuskan untuk menggantikan Komander Tentera Darat, Jeneral Salih Zeki Colak, ketua tentera laut, Laksamana Bulent Bostanoglu dan Komander Tentera Udara, Jeneral Abidin Unal.
Bekas timbalan ketua kakitangan tentera, Jeneral Yaser Guler dilantik menggantikan Colak, Laksamana Adnan Ozbal akan menggantikan Bostanoglu manakala Jeneral Hasan Kucukakyuz dipilih menggantikan Unal.
Keputusan yang dibuat semasa mesyuarat YAS itu kemudiannya dibentangkan kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan untuk kelulusan formal.
23 Julai lalu, agensi berita Anadolu melaporkan, bilangan jeneral dan laksamana dalam tentera Turki telah menurun 40 peratus daripada 326 kepada 196 akibat dipecat selepas pemberontakan. - Press TV/ Sinar Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fdTgA5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment