Aeril Zafrel Bawa Uber Tanpa Permit?
Sumber foto asal: http://ift.tt/1l6QBhB
Pelakon Aeril Zafrel baru-baru ini memuat naik sebuah foto di Twitter miliknya dengan kapsyen berbunyi "Need Uber? Call Me".
Status itu mendapat perhatian seorang pengguna Twitter yang kemudiannya menyiarsemula tweet tersebut di akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Sejurus selepas itu, ia telah menerima respon balas daripada pihak SPAD yang menulis, "Tindakan boleh diambil jika kereta persendirian digunakan sebagai pengangkutan awam tanpa permit."
Aeril menjelaskan foto tersebut hanyalah suatu jenaka sahaja dan tidak menyangka ada pengguna Twitter yang mengambil serius tentang perkara tersebut.
Gambar selfie di dalam kereta itu diambil semasa saya dan famili bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Niat saya sahaja nak bergurau dengan peminat, tak sangka pula ada yang ambil serius sehingga memetik akaun SPAD di foto tersebut.
Mungkin peminat pun nak bergurau, maklumlah di alam maya ni macam-macam ragam ada.
Foto berkenaan mendapat hampir 400 retweet dan rata-rata pengikutnya di laman sosial itu memberikan komen sarkastik kepada suami kepada aktres Wawa Zainal itu.
Soal perkembangan kerjayanya, Aeril akan memulakan penggambaran drama berjudul "Zahir Tak Terucap" untuk slot Zehra siaran TV3 yang turut dibintangi oleh pelakon Shahrul Ridzwan dan Raysha Rizrose.
Selain itu, Aeril turut bakal muncul dalam telefilem "Mandatori" siaran Astro First.
Sumber berita: mStar Online
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y90i1f
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment