Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pencuci kereta didakwa 'masukkan jari' dan cederakan wanita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pencuci kereta didakwa 'masukkan jari' dan cederakan wanita

AYER KEROH: Seorang pekerja pusat cuci kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang wanita berusia 40 tahun dan mencederakan mangsa minggu lalu.

Tertuduh Abdul Rauf Singaravelu, 28 tahun membuat pengakuan itu sejurus kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama di bawah seksyen 377(CA) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat.

Manakala, bagi pertuduhan kedua dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa yang sama dan bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kesemua perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Jalan Bukit, Ayer Keroh  pada jam 11.30 malam hingga 1 pagi pada 18 September, lalu.

Prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban tidak menawarkan sebarang jaminan kepada  tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam P Gunalan merayu kepada mahkamah agar jaminan yang rendah diberikan kepada anak guamnya dengan alasan penjamin tertuduh iaitu adiknya perlu meminjam wang daripada individu lain.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan memberi amaran agar dia tidak menganggu mangsa selain menetapkan 25 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.



Sumber Pencuci kereta didakwa 'masukkan jari' dan cederakan wanita

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wYTPAG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.