Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Beberapa Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Mendapat Saham Akhirat Yang Berlipat Kali Ganda Untung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Beberapa Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Mendapat Saham Akhirat Yang Berlipat Kali Ganda Untung

KINI TRENDING
Baru balik kerja? Sibuk kan nak cari duit untuk bayar rumah, kereta dan macam-macam lagi? Ye la, saham dunia kena cari, bukan jatuh dari langit! Tapi, saham akhirat macam mana pulak? Dengan solat, sedekah, zakat, puasa semua tu korang yakin cukup ke pahala nak di bawa ke akhirat nanti?
Haa, kali ni admin nak share perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk dapat pahala ‘extra’ di akhirat kelak. Senang je untuk korang semua amalkan!

1. Menyampaikan ilmu yang bermanfaat

Jika kita menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada orang lain, ilmu itu berguna kepada mereka dan jika mereka mengamalkan ilmu tu, kita akan dapat pahala sehingga kita mati.
Senang je tau nak collect pahala ni sebenarnya. Yang penting kena ikhlas dengan semua perkara yang dilakukan termasuklah menuntut dan tidak lokek memberi ilmu kepada orang lain. Saling tolong-menolong itu kan bagus!

2. Anak soleh dan solehah

Bila kita ada anak yang soleh dan solehah, insya-Allah anak-anak kita akan sentiasa mendoakan kita dan menjaga silaturahim dengan keluarga. Perkara ini juga adalah salah satu kunci untuk mendapatkan pahala dan saham extra untuk di bawa ke akhirat kelak tau. Jadi, didiklah anak kita sebaik mungkin, insya-Allah pahala kita akan melimpah ruah nanti!

3. Bersedekah – tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima

Antara sedekah yang korang boleh mula buat hari ini adalah sedekah senyuman, menyelesaikan masalah orang lain, membuang atau mengalihkan sesuatu yang telah menghalang laluan dan sebagainya. Sebab sedekah bukanlah semata-mata wang atau harta ye. Perbuatan yang baik juga dikira sebagai sedekah.
Oh ya, sedekah jariah pula dapat memberi pahala berterusan walaupun setelah seseorang itu meninggal dunia, contohnya amalan BERWAKAF.

Bila cakap tentang Wakaf, agak-agaknya apa yang korang faham? Part ni panjang sikit sebab ada yang tak tahu!

Apa itu Wakaf?

Untuk memudahkan kefahaman orang awam, wakaf adalah satu bentuk sumbangan tunai atau harta tidak
kira harta tetap (contoh: tanah) atau harta alih (contoh: wang tunai, kereta) yang disumbangkan bagi tujuan
atau manfaat umum seperti untuk membina sekolah, madrasah, aktiviti pembangunan ekonomi, pembinaan
hospital atau klinik kesihatan dan lain-lain.

Apa yang boleh diwakafkan? Tanah je ke?

Ini antara persoalan yang sering ditanya. Ramai yang masih belum faham bahawa konteks berwakaf ini sangat luas dan pelbagai. Hakikatnya, pelbagai bentuk harta boleh anda wakafkan seperti:
Wang tunai atau barang kemas
Tanah, kebun atau ladang
Rumah atau bangunan
Kitab (Al-Quran atau buku-buku yang bermanfaat)
Kereta dan macam-macam lagi!

Jangan beralasan lagi ya, tak ada tanah tak semestinya tak boleh berwakaf tau!

Korang jangan risau, sekarang kaedah wakaf ni makin mudah dan simple untuk semua termasuk mereka yang busy 24 jam! Dengan teknologi canggih, korang boleh pilih untuk menggunakan cara yang mana.
Korang boleh berwakaf melalui potongan gaji, FPX, Kad Kredit atau berkunjung ke mana-mana kaunter wakaf di Majlis Agama Islam negeri-negeri atau Kaunter Yayasan Waqaf Malaysia. Nak lebih senang? Marilah kita berwakaf secara online!

Kini dengan CIMB Clicks, anda boleh berwakaf dengan jumlah tunai minimum sebanyak RM10 saja tau!

Mudah sahaja, hanya dengan beberapa klik, korang boleh melaksanakan wakaf dengan lebih cepat dan simple! Anda hanya perlu taip http://ift.tt/1ifxwZv, masukkan nama pengguna dan kata laluan, klik Pay > Bills > Taip “Wakaf” di ruangan Enter Billers Name dan pilih badan-badan wakaf yang anda inginkan dan masukkan maklumat peribadi dan jumlah sumbangan anda. Disamping itu sumbangan wakaf tunai ke beberapa dana terpilih seperti Wakaf Tunai Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) adalah dikecualikan dari cukai!
Ha, apa tunggu lagi, benda baik jangan ditangguh-tangguh. Jom kita pakat-pakat kumpul saham akhirat dengan berwakaf  melalui CIMB Clicks! hari ini juga.

Apa-apa pun, jom tengok video ini dulu untuk ketahui tentang kelebihan berwakaf



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xEX3vp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.