Hi! Welcome Back and Stay Tune! GDP U.S Meningkat 3.1% Pada Suku Tahun Kedua. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

GDP U.S Meningkat 3.1% Pada Suku Tahun Kedua.

Ekonomi U.S mencatat pertumbuhan yang lebih pantas pada suku tahun kedua,melebih paras jangkaan sekaligu merupakan pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 2 tahun. Namun ekonomi U.S mungkin akan bergerak perlahan pada suku tahun ketiga rentetan daripada badai Harvey dan Irma.

Gross domestic product (GDP) meningkat 3.1% pada kadar tahunan bagi fasa April-Jun berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan. Pertumbuhan ini adalah disebabkan peningkatan dalam pelaburan inventori.

Para pakar ekonomi menjangkakan bahawa pertumbuhan GDP suku tahun kedua hanyalah pada kadar 2.7%.

Beberapa pakar ekonomi berpendapat bahawa badai Harvey yang melanda Texas telah menyebabkan kejatuhan dalam jualan runcit, pengeluaran industri, pembinaan rumah dan jualan rumah pada bulan Ogos hanya akan memberi impak yang sedikit pada pertumbuhan ekonomi bagi suku tahun ketiga.

Kenyataan yang senada juga oleh Gus Faucher yang merupakan ketua ekonomi PNC Financial Services ” Impak terhadap ekonomi negara adalah sangat sedikit.”

Pertumbuhan ekonomi pada suku tahun ketiga dijangka akan mencatat pada kadar 3.4%. Data terbaru sektor pekerjaan Amerika Syarikat merekod tambahan 237,000 pada Ogos lebih daripada jangkaan pasaran 185,000. Walaubagaimanapun, data pada Julai telah dikaji semula daripada 178,000 kepada 201,000.

Terdapat tambahan 33,000 pekerjaan dalam sektor pembuatan barangan di mana tambahan sebanyak 16,000 dalam sektor pembuatan dan 18,000 dalam sektor pembinaan. Sektor perkhidmatan pula menambah sebanyak 204,000 pekerjaan pada tempoh sama.

Pada ketika ini U.S dollar mengukuh, harga bon U.S sedikit jatuh.  Mankala harga saham U.S meningkat.

The post GDP U.S Meningkat 3.1% Pada Suku Tahun Kedua. appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yITzI8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.