Bakar pusat tahfiz: Dua suspek dituduh membunuh
Pertuduhan terhadap kedua-dua suspek berusia 16 tahun itu dibaca di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua suspek bersama-sama pada 14 September, 2017 di antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi, dengan niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap 23 mangsa di DQI.
Prosiding kes itu yang berlangsung dari 12.05 tengah hari sehingga 12.25 tengah hari dijalankan di Mahkamah Majistret 7 secara tertutup kerana ia melibatkan kes juvana di mana hanya keluarga tertuduh dibenarkan berada di bilik bicara.
BACA: Polis tahan remaja lelaki bantu siasatan tragedi kebakaran tahfizBACA: Kebakaran tahfiz: Disengajakan, silinder gas LPG punca api marak dengan cepat - Bomba
Pendakwaan kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah dan dua Timbalan Pendakwa Raya iaitu Mohd Nordin Ismail serta Nurakmal Farhan Aziz, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
BACA: Kebakaran tahfiz: Polis sambung reman tujuh suspek
BACA: Tujuh suspek dibawa ke pusat tahfiz bantu siasatan polis
Kesemua tujuh suspek tamat tempoh reman hari ini selepas direman selama 13 hari bermula 16 September lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh sebelum ini dilaporkan berkata, enam daripada tujuh suspek itu didapati positif dadah jenis ganja dan dipercayai khayal ketika memulakan kebakaran itu, manakala dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau iaitu gaduh dan curi.
Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat ejek-mengejek di antara suspek dengan segelintir penghuni asrama tahfiz itu yang bermula beberapa hari sebelum kejadian.
Seramai 21 pelajar lelaki berusia 6 hingga 17 tahun serta dua tenaga pengajar berusia 25 dan 26 tahun terkorban dalam kebakaran jam 5.15 pagi, 14 September lalu.
Tujuh mangsa termasuk enam pelajar pusat tahfiz itu turut cedera dalam tragedi berkenaan.
Sumber Bakar pusat tahfiz: Dua suspek dituduh membunuh
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wYTFtn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment