Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akui sudah berpunya, Nur Sajat sahkan akan tamatkan zaman bujang tahun depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akui sudah berpunya, Nur Sajat sahkan akan tamatkan zaman bujang tahun depan

Akui sudah berpunya, Nur Sajat sahkan akan tamatkan zaman bujang tahun depan

Akui sudah berpunya, Nur Sajat sahkan akan tamatkan zaman bujang tahun depan

Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hatinya. Sajat yang sinonim dengan Let’s Cantik Jangan Mengata menyatakan sekiranya tiada aral melintang, dia akan mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya hujung tahun depan .

Bagaimanapun, Sajat pada masa ini menegaskan dia masih mahu mencapai target dalam hidupnya yang masih belum dikecapinya serta mahu mengembangkan lagi empayar perniagaan yang dibina.

“Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja.

“Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajelah,” katanya  yang dipetik dari laporan mStar Online.

Sajat juga mengakui sudah memiliki kekasih hati dan mengakui jejaka itu memiliki ciri-ciri lelaki idamannya iaitu memahami kariernya yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja.

Diminta mengulas mengenai soal kekasih, Sajat lebih terbuka bercerita mengenainya.

“Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan,” katanya

Ketika ditanya tentang lamaran Abdul Rani Kulup, Sajat mengatakan ianya merupakan publisiti murahan yang cuba dicari Raja Report Malaysia itu dengan mengaitkan dirinya dan Datuk Seri Vida.

“Video itu sangat lawak. Sajat tak kenal pun siapa dia tapi yang pasti dia sengaja mencari publisiti murahan dengan cuba mengaitkan dirinya dengan orang seperti Sajat dan Datuk Vida.

“Sajat rasa dia kurang kasih sayang sebab itu dia cuba melamar kami yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Tak perlu kot dia nak melamar lagipun Sajat dah berpunya,” katanya.

Sumber: SK



Sumber Akui sudah berpunya, Nur Sajat sahkan akan tamatkan zaman bujang tahun depan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wYFvIm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.