Hi! Welcome Back and Stay Tune! Azizulhasni Lelong Sarung Tangan Rio 2016 Untuk Beri Sumbangan Pada Tahfiz.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Azizulhasni Lelong Sarung Tangan Rio 2016 Untuk Beri Sumbangan Pada Tahfiz..


KUALA LUMPUR: Keprihatinan dan naluri keibubapaan mendorong jaguh berbasikal trek dunia, Azizulhasni Awang melelong sarung tangan lumbanya ketika beraksi di Sukan Olimpik Rio, Brazil secara bidaan bagi membantu mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini lapor BH Online

Azizulhasni Awang (kiri), mendengar penerangan daripada Pengetua, Mohd Zahid Mahmood, ketika melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Keramat, Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
Ketika ditemui di pusat tahfiz berkenaan bagi menyerahkan sumbangan itu hari ini, Azizul mengakui dia hampir mengalirkan air mata ketika mengetahui berita tragedi berkenaan di Melbourne, Australia sebelum idea itu timbul.

Azizul berkata, selepas tiga hari bidaan dibuka pada Isnin lalu, bidaan tertinggi hadir selepas sehari ia dibuka iaitu daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan bidaan sebanyak RM5,000.


Selain wang bidaan berkenaan, Azizul berkata ada pihak yang turut menyerahkan sumbangan kepadanya untuk diserahkan kepada pusat tahfiz namun enggan didedahkan jumlah dan penyumbangnya.

"Sebagai lelaki yang berkeluarga dan mempunyai anak, jadi saya memang amat sedih dengan tragedi itu. Isteri saya memang menangis selepas mendengar berita itu dan saya juga hampir menangis kerana ia tragedi yang besar buat negara.

"Sebelum ini, saya pernah melelong sarung tangan yang saya pakai di Sukan Komanwel kepada mangsa Gaza, Palestin dan kali ini yang saya gunakan di Olimpik Rio.


"Bagi saya, sumbangan ini bukan menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada keperihatinan dan bantuan kecil daripada saya.

"Jika boleh, memang saya nak jual basikal atau helmet tetapi bagi atlet seperti saya, ia bukan milik saya seorang. Sarung tangan itu memang mempunyai nilai sentimental kepada saya."

Azizul menyerahkan sumbangan itu kepada pengetua pusat tahfiz berkenaan, Mohd Zahid Mahmood.
Alhamdulillah diberikan kesempatan dan peluang oleh Allah swt untuk saya mengunjungi tempat kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dan bertemu dengan Pengetua Ustaz Zahid untuk menyampaikan hasil lelongan Sarung Tangan (Glove) yang dipakai oleh saya ketika di Rio Olympic 2016 yang lalu. 
Sarung tangan tersebut telah mendapat bidaan tertinggi daripada Menteri Belia dan Sukan kita iaitu YB Brig Jen Khairy Jamaluddin dengan jumlah sebanyak MYR5,000.00 , ribuan terima kasih kepada Abah KJ.
Tidak dinafikan perasaan pilu dan sebak meresapi diri saya apabila melihat dengan kedua mata sendiri kesan kebakaran tersebut dan apabila mendengar cerita daripada mulut Ustaz Zahid tentang apa yang berlaku pada waktu kejadian.

Diharap kejadian seperti ini adalah yang pertama dan yang terakhir di negara kita dan semoga ianya menjadi iktibar kepada diri saya sendiri dan semua pihak. Semoga kita semua dirahmati oleh Allah swt.
Katanya, sumbangan tersebut diharap dapat membantu menampung keperluan pusat tahfiz berkenaan.

Dua minggu lalu, seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat tiga premis berkenaan.


Pada Olimpik Rio tahun lalu, Azizul memenangi pingat gangsa dalam acara keirin sekali gus pingat gangsa pertama negara dalam acara berbasikal di temasya berkenaan.

Tahun ini, pelumba yang diberi jolokan 'Pocketrocket Man' itu sekali mencipta sejarah apabila memenangi gelaran dunia keirin sebelum membantu kontinjen negara di temasya Sukan SEA KL 2017.-Penmerahpress




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xMTCEL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.