'Buat sahabat baik, Fazura' kata Fattah
Sebaliknya kata Fattah, 500 kuntum mawar putih dan merah jambu itu adalah tanda penghargaan darinya untuk Fazura yang dianggap sebagai kawan baik.
"Ia tidak membawa apa-apa simbolik. Bunga itu sekadar hadiah untuk sahabat baik yang sentiasa memberikan perangsang dan tanda sokongan kepada kerjaya saya.
"Dia patut rasa bahagia pada hari ulangtahunnya yang hanya disambut setahun sekali," katanya.
Ketika dihubungi, Fattah mengucapkan selamat hari jadi buat Fazura dan berharap persahabatan mereka berpanjangan.
"Selamat ulang tahun buat Fazura. Semoga diberikan usia panjang dan penuh kebahagiaan. Semoga Allah sentiasa menjaga persahabatan kita.
"Saya juga mendoakan Fazura selalu diberikan kesihatan, kekuatan dan kebaikan serta sentiasa dalam lindungan Allah SWT," katanya.
Terdahulu, Fattah memberi kejutan sempena ulangtahun kelahiran Fazura yang ke-34 dengan memberikan 500 kuntum bunga mawar.
Sumber 'Buat sahabat baik, Fazura' kata Fattah
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yuwjwz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment