Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fed Rosengren: Kenaikan Kadar Faedah Perlu Bagi Menghalang Risiko Kepada Ekonomi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fed Rosengren: Kenaikan Kadar Faedah Perlu Bagi Menghalang Risiko Kepada Ekonomi

”Kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur perlu bagi mengelak ‘overheating U.S economy‘ walaupun disaat inflasi yang lemah. Hal ini kerana tekanan harga yang lemah hanya berlaku sementara iaitu dalam jangka masa pendek dan pengganguran yang semakin berkurangan berpotensi mendatangkan risiko overheating kepada ekonomi,” kata Fed Rosengren.

Overheating economy ialah situasi di mana kapasiti ekonomi yang tidak mampu lagi memenuhi permintaan agregat yang semakin meningkat. Hal ini menyebabkan kenaikan inflasi ke paras tinggi di dalam ekonomi yang menjadikan harga barangan menjadi mahal.

Eric Rosengren, pengerusi Fed Boston bersama-sama dengan pembuat dasar menyokong kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur sekaligus mengurangkan sedikit kebimbangan beberapa ahli Fed yang bimbang bacaan inflasi yang tersasar jauh daripada sasaran.

Beliau menerangkan risiko tidak menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur, dan mencadangkan pengetatan polisi adalah langkah untuk mengurangkan risiko dalam berdepan dengan kemungkinan lonjakan inflasi dan harga aset sehingga dapat menghentikan proses pemulihan ekonomi.

”Saya berharap pembuat dasar tidak tergesa-gesa memberi respon terhadap kadar inflasi yang lemah yang dipercayai hanya bersifat sementara.” Bagi beliau peningkatan kadar faedah secara beransur-ansur seperti yang dipersetujui adalah langkah yang tepat.

Berdasarkan ucapan Janet Yellen pada hari Selasa, ahli bank pusat yang lain dilihat mempunyai pendirian sama dengan Rosengren bahawa inflasi akan meningkat.

Rosengren berkata dia tidak begitu peduli dengan situasi inflasi yang lemah jika ia belarutan sehingga pada musim bunga tahun hadapan. Beliau turut menjangkakan petunjuk inflasi keutamaan Fed akan meningkat pada akhir tahun hadapan dan pengangguran pada 4.4% akan terus berkurangan.

The post Fed Rosengren: Kenaikan Kadar Faedah Perlu Bagi Menghalang Risiko Kepada Ekonomi appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xDkZ29

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.