Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu kilang haram: SPRM akan rakam percakapan Lim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu kilang haram: SPRM akan rakam percakapan Lim

KEPALA BATAS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam percakapan Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi melengkapkan siasatan akhir berhubung kes sebuah kilang haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya akan merekodkan percakapan tersebut dalam tempoh terdekat.

"Kes itu dalam peringkat akhir siasatan , kami akan rakam percakapan ketua menteri Pulau Pinang dalam tempoh terdekat untuk melengkapkan siasatan, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Kembara Jelajah Anti-Rasuah 2017' (KEJAR '17) peringkat negeri Pulau Pinang di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang di sini hari ini.

Pada 11 Ogos lalu, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh ditahan SPRM ketika memberi keterangan di pejabat SPRM di sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sungai Puyu itu kemudian ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan tetapi beliau dibebaskan tiga hari kemudian selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan permohonan semakan semula bagi membatalkan perintah reman terhadapnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan tindakan undang-undang SPRM terhadap Lim berhubung isu kenyataan ketua menteri itu tentang Phee sebagai "penahanan haram oleh SPRM", Dzulkifli berkata pihaknya masih menunggu laporan daripada pihak Jabatan Peguam Negara.

"Selepas jelajah ini (KEJAR 17) yang tamat pada 1 Okt, saya akan melihat perkembangannya sama ada sudah menerima laporan daripada peguam negara atau tidak, "katanya.

Pada 25 Ogos lalu, SPRM memberi Lim tempoh 48 jam untuk memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu atau berdepan tindakan undang-undang susulan kenyataannya bahawa penahanan Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh sebagai "penahanan haram oleh SPRM".

SPRM menerusi satu kenyataan pada 5 Sept lepas menegaskan bahawa ia menghormati hak serta kebebasan mana-mana pihak untuk mengkritik tetapi tidak akan sama sekali bertolak ansur jika mereka didapati mengeluarkan kenyataan fitnah khususnya berhubung siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM dengan tujuan mencemarkan serta menjejaskan imej dan reputasi SPRM.

Dalam pada itu Dzulkifli berkata SPRM akan terus agresif menangani gejala rasuah menerusi pelbagai program yang diadakan di seluruh negara.

Beliau berkata isu rasuah dan salah guna kuasa harus diatasi segera bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang bebas daripada gejala rasuah.

-- BERNAMA



Sumber Isu kilang haram: SPRM akan rakam percakapan Lim

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wXVSFe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.