Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lagu kempen ‘jangan buli’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lagu kempen ‘jangan buli’

RENTETAN beberapa kes buli yang menggemparkan tanah air baru-baru ini, Astro menerusi rangkaian saluran Melayu mengambil inisiatif menerbitkan lagu kempen Anti Buli.

Pengurus Saluran Astro Prima, Natasha Hashim, berkata, lagu kempen ini bakal dilancarkan awal bulan depan serentak di semua program Melayu di Astro.

“Lagu ini bukan digunakan sekali saja tetapi sampai bila-bila. Apa yang diharapkan, lagu ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan kesan buli terhadap mangsa.

“Bagi rangkaian saluran Melayu, kami memilih menghasilkan lagu ini. Sementara rangkaian lain dengan pendekatan berbeza. Pun begitu, matlamat kami sama iaitu membanteras dan menghentikan aktiviti buli dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Natasha, pihak Astro sepakat memilih penyanyi Syamel dan Marsha bagi menyanyikan lagu ciptaan Edry Abdul Halim.

Selain lagu itu, Astro turut merancang beberapa inisiatif lagi bagi menjayakan kempen ini.

“Kami juga turut merakamkan suara selebriti yang bercakap mengenai kempen ini. Suara mereka itu digabungkan menjadi satu menerusi segmen ‘vox pop’ berdurasi 30 saat.

“Tidak ketinggalan kami bakal menerbitkan dua filem pendek membabitkan buli siber dan buli di tempat kerja. Bagi saya, masih banyak pihak yang kurang peka terhadap dua jenis buli ini.

“Kami turut menghasilkan dokumentari yang mengupas isu buli. Ia akan disiarkan di semua saluran media sosial Astro,€ katanya.

Lagu Anti Buli ini juga bakal dipersembahkan pada konsert AF Megastar.

The post Lagu kempen ‘jangan buli’ appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xGNopD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.