Lelaki serang pasangan bercium depan masjid di Itali bukan warga Malaysia tapi dari Mali
Lelaki yang ditahan itu dari Mali, kata pegawai kedutaan.
Lelaki serang pasangan bercium depan masjid di Itali bukan warga Malaysia tapi dari Mali
PETALING JAYA: Individu yang ditahan polis Italy Ahad lepas kerana menyerang pasangan di luar masjid di Rom bukan warga Malaysia seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.
Pegawai di kedutaan Malaysia di Rom berkata laporan itu salah.
“Individu itu dari Mali,” kata Norli Muadza Noor, seorang diplomat kanan di kedutaan, kepada FMT.
Portal berita Italy, Ansa, sebelum ini melaporkan lelaki itu bersemuka dengan pasangan itu kerana bercium di depan masjid di bahagian Esquilino, Rom.
Lelaki itu didakwa memberitahu pasangan itu, “Kamu tidak boleh berciuman depan masjid”, katanya sebelum menolak si wanita dan menyerang teman lelakinya.
Laporan itu berkata lelaki itu juga mengasari anggota polis yang menahannya.
Sumber: FMT
Sumber Lelaki serang pasangan bercium depan masjid di Itali bukan warga Malaysia tapi dari Mali
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wWJuu8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment