Hi! Welcome Back and Stay Tune! NAJIB RAZAK TAK TAHU...Wang 2.6 billion, siapa Jho Low, siapa Saiful, duit SRC sebanyak 24 juta, siapa Altantuya, macham mana Shafei Abdullah menerima 9 juta, derma 90 juta ka peminpin PAS, pasal hak milik kekal di Forest City, kerajaan berjanji kepada rakyat harga minyak tak kan naik walau bagaimana pun harga di pasaran dunia, tentang pemilikan harta2 Rosmah dan anak tirinya Riza Aziz seperti rumah banglo, apartment mewah, jet peribadi dan lain2 harta yg bernilai beratus juta di Amerika - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NAJIB RAZAK TAK TAHU...Wang 2.6 billion, siapa Jho Low, siapa Saiful, duit SRC sebanyak 24 juta, siapa Altantuya, macham mana Shafei Abdullah menerima 9 juta, derma 90 juta ka peminpin PAS, pasal hak milik kekal di Forest City, kerajaan berjanji kepada rakyat harga minyak tak kan naik walau bagaimana pun harga di pasaran dunia, tentang pemilikan harta2 Rosmah dan anak tirinya Riza Aziz seperti rumah banglo, apartment mewah, jet peribadi dan lain2 harta yg bernilai beratus juta di Amerika












Episod 67 : TAK TAHU ATAU MENIPU. 
10 PERKARA YG NAJIB KATA TAK TAHU YG PATUT KITA TAHU.
ASSALAMUALAIKUM PARA SAHABAT FB KU.
Semasa saya sedang menaip artikel ini, siaran berita Awani sedang bersiaran. Saya ingin berkongsi bersama sedikit ucapan Najib di dalam Persidangan Agong MIC pd hari Ahad 24/9/2017.

Najib berkata: 
"Walaupun ayahanda saya dan datuk saya bukan berasal dari Karilla India, tetapi saya di gelar BAPA PEMBANGUNAN MASYARAKAT INDIA". Ungkapan itu telah menerima tindak balas hambar dari perwakilan. Tak ada apa2 komen dari saya. Saya serahkan kepada Tuan/Puan untuk menilai.

Berbalik kepada pkra yg akan saya kemukakan pd episod ini.
Selepas selesainya RCI FOREX selasa lalu, ungkapan TAK TAHU menjadi sebutan di kalangan orang2 UMNO bg menyindir Tun M berikutan jawapan TAK TAHU yg di jawab oleh Tun M pd prosiding RCI berkaitan kerugian BNM dalam urusniaga FOREX.

Ibarat rumah siap pahat berbunyi, sudah semestinya lh suara2 ketidakpuasan hati itu datangnya dari pendokong2 Najib dan orang2 UMNO sendiri kerana jerat ''mereka'' untuk mengenakan Tun M tidak menjadi amat2 lh kita fahami. Jadi apa ikhtiar mereka lg utk memalukan Tun M? Dan apa lg yg akan memuaskan hati2 ''mereka'? 
RCI adalah ciptaan ''mereka''. Barisan pendakwa juga di kalangan orang yg di tentukan oleh ''mereka'', jadi tentulah amat mengecewakan bg najib dan orang2 UMNO apabila segala usaha mereka tidak juga berjaya. Apa lg yg nk di buktikan jika 6 saksi penting BNM sendiri telah memberi keterangan yg Tun M tidak terlibat dan memang tidak tahu? 
Kesihan najib kerana masih gagal dlm apa juga usahanya utk menjatuhkan kredibiliti Tun M.
Mengikut maklumat awal tentang penubuhan RCI, ada cakap2 dari sumber2 yg "sangat2 boleh di percayai" bahawa kem najib hanya memerlukan satu bukti saja ayat atau perkataan dari mana2 saksi yg dapat memberikan jawapan bahawa ada arahan ''lisan'' dari Tun M kpd mana2 pegawai BNM berkaitan urusniaga FOREX.
Jika lh ayat arahan lisan itu ada terpacul dari mana2 saksi maka jahanamlah Tun M akan "mereka" kerjakan dan ada kemungkinan Tun M akan di sabitkn kpd kesalahan jenayah. Malangnya sehingga selesai 25 orang saksi memberi keterangan tak ada seorang pun yg mengait kan Tun M dalam isu FOREX. Arahan bertulis dah tentu tk ada malah arahan lisan yg mereka harapkan juga tak muncul2. Allah maha kaya.
Kita tinggalkan tentang isu siasatan FOREX yg telah selesai dan hanya menunggu laporannya di serahkan kpd Agong. Mari kita ikuti pula 10 perkara yg anda patut tahu apa yg najib pernah berkata TAK TAHU yg penyokong2 najib buat2 TAK TAHU...!!!
1. Najib beberapa kali telah membuat kenyataan TAK TAHU kepada wartawan dn rakyat Malaysia pada mulanya tentang kewujudan wang sejumlah 2.6 billion di dalam akaun miliknya. Najib akhirnya terpaksa mengaku juga setelah ada pihak yg berjaya membuktikan akaun itu milik najib berdasarkan nombor akaun dan bank di mana najib berurusan..
2. Najib pernah bermatian menafikan bahawa TAK TAHU siapa Jho Lwo dan tak pernah mengenali jutawan muda Pulau Pinang itu yg ada kaitan dgn 1MDB. Najib akhirnya terkantoi sekali lagi dan TAK TAHU nk cakap apa2 bila ada maklumat berserta gambar yg najib pernah bertemu Jho Lwo dalam satu pelayaran kapal mewah bersama ahli perniagaan Arab dan di sertai Rosmah sekali.
3. Semasa proses perbicaraan kes Siful lwn Anwar, Najib juga pernah di tanya beberapa kali tentang hubungan nya dgn Saiful. Seperti biasa najib memberitahu wartawan bahawa dia TAK TAHU siapa Saiful dan tk pernah mengenali atau berjumpa degan pemuda itu. Tetapi Allah Maha Kaya akhirnya bocor maklumat yg Najib dan Saiful pernah bertemu dan berbincang. Setelah di ketahui umum najib tanpa segan silu memberitahu yg pertemuan itu hanyalh pertemuan biasa yg membincangkn tentang biasaiwa dan pengajian Saiful. Persoalan timbul dn meragukan, tk kan orang biasa saja2 nk jumpa najib sekadar nk bincang perkara yg boleh di uruskan oleh pegawai bawahan jabatan yg berkaitan. Istimewa sangat kh Saiful hinggakan soal pelajaran dan biasiswanya perlu di bincangkn bersama najib?
4. Selain duit 2.6 billion 1MDB, najib juga di kait kn dgn duit SRC sebanyak 24 juta. Semasa maklumat tersebar di kalangan umum najib juga di tanya tentang hal ini. Seperti biasa Najib tetap juga menafikan tentang kewujudan wang berkenaan dan mengatakan TAK TAHU menahu tntang pkra itu. Sehinggalh akhir nya ada pihak yg mendedahkan tentang akaun najib berserta nombor akaun dan bank di mana transaksi itu berlaku maka najib sekali lg terkantoi. Yang lucunya selepas beberapa lama baru najib membuat satu kenyataan pelik. Najib berkata dia TAK TAHU siapa yg mmasukkan duit itu ke akaun nya. Semasa kejadian ini berlaku Pengasas bank berkenaan di tembak mati dan isteri nya tercedera. Dan semasa kejadian pengasas bank itu di tembak mati entah macamana peguam terkenal Shafei Abdullah secara "KEBETULAN" ada di sekitar itu dan dia lh juga yg menguruskan hal2 berkaitan higgalh kpd pengkebumian.
5. Razak Baginda adalah rakan baik najib dan mengenali rapat Altantuya seorang wanita Mongolia. Mereka berdua juga adalah diantara perantara yg terlibat dalam urusan pembelian sebuah kapal selam Perancis. Di katakan Razak Baginda menerima komisen sebanyak 500 juta atas urusniaga ini dan Altantuya juga di janjikan sesuatu di atas penglibatan itu. Malang nya Altantuya di bunuh semasa berada di Malaysia ketika dia menuntut janji dan meminta seseorang bertangungjawab atas satu perkara peribadi yg berlaku di Mongolia. Untuk semua kejadian2 ini najib juga menjawab TAK TAHU dan tidak mengenali Altantuya walaupun selepas itu ada laporan dan bukti yg najib pernah melakukan pertemuan dgn Altantuya di luar negara. Lanjutan dari kes ini seorang penyiasat persendirian berbangsa India yg mempunyai banyak maklumat tentang kes ini juga telah di temui mati namun kematiannya di kait kn dgn serangan jantung. Sehingga hari ini kes ini tiada penyelesaian lengkap. Siasatan kes dan proses mahkamah hanya memutuskan dn menjatuhkan hukuman kpd siapa yg membunuh Altantuya. Adakah kedua pesalah yg telah di jatuhkan hukuman membunuh tanpa sebab? Siasatan lain yg berkait rapat tentang kenapa Altantuya di bunuh dan siapa yg mengeluarkan arahan bunuh tidak di ketahui hingga kini. Komisen 500 juta juga tidak di ketahui kpd siapa sebenarnya ia pergi. Agak terkilan bg rakyat Malaysia kerana Menteri Pertahanan pada ketika itu TAK TAHU dgn persoalan2 yg meragukan itu. Siapa menteri berkenaan? Mungkin 30 tahun lg (2047) kerajaan pd masa itu boleh tubuhkan RCI untuk kes ini.
6. Peguam terkenal Shafei Abdullah yg mengendalikan kes Saiful lwn Anwar di katakan telah menerima bayaran sebanyak 9 juta dari pihak yg di katakan pihak najib. Bukti beberapa kali transaksi kemasukan wang telah di buktikan berserta nombor akaun dan bank yg berurusan. Shafei Abdullah sehingga kini berdiam diri dan tidak memberi apa2 komen manakala najib telah menhawab TAK TAHU atas transaksi bayaran yg telah di buat. Soalnya atas pekerjaan apa yg Shafei Abdullah lakukan sehingga di bayar sejumlah itu? Jika Razak Baginda ''di simpan'' utk tempoh bertahun2 supaya tidak terdedah kpd umum, apakah Shafei juga akan melakukan perkara yg sama? 
7. Gempar apabila di katakan orang2 kuat PAS telah menerima dana "sedekah" dari pihak najib sejumlah 90 juta. Semua pemimpin PAS tidak mengaku tentang perkara itu dan akan mengambil tindakan undang2 kpd pihak yg menuduh. Seperti biasa najib memberi jawapan TAK TAHU lansung tentang derma tersebut apabila di tanya wartawan. Akhirnya setelah 17 nama2 penerima dana "sedekah" itu di dedahkan tak ada seorang pun yg berani saman termasuklah najib.
8. Apabila rakyat mempersoal kan tentang hak milik kekal di Forest City, najib mempertahankannya dan berkata ianya hanya lh 99 tahun. Namun setelah Tun M orang tua yg di katakan nyanyuk dan pelupa pergi sendiri ke tapak projek nyata papan tanda di situ menyatakan ianya adalah hak milik kekal. Agak malang PM TAK TAHU dan TERLEPAS PANDANG akan hal penting ini.
9. TAK TAHU!! Kerajaan tidak tahu dan tidak mempunyai bidang kuasa utk menentukan dan mengawal harga minyak. Itu lh kenyataan najib baru2 ini bila di tanya tentang kenaikan harga minya. Mungkin orang UMNO lupa atau TAK TAHU bahawa najib lh orang yg berjanji kepada rakyat bahawa harga minyak tak akan naik walau bagaimana pun harga di pasaran dunia.
10. Najib TAK TAHU tentang pemilikan harta2 Rosmah dan anak tirinya Riza Aziz seperti rumah banglo, apartment mewah, jet peribadi dan lain2 harta yg bernilai beratus juta di Amerika sehinggalah di siasat dan di dedahkan oleh DOJ. Rosmah juga memiliki hartanah di lain2 negara termasuk di London, England.
Demikianlh para pembaca, antara perkara2 yg di katakan najib TAK TAHU dan TERLEPAS PANDANG untuk renungan dan tatapan tuan/puan. Nilailah sendiri akan kebenarannya. 
Kepada orang2 UMNO, mungkin tuan/puan juga TAK TAHU akan perkara2 yg Presiden anda TAK TAHU dan TERLEPAS PANDANG. Jadi dgn nukilan saya ini anda semua sudah tahu. Pesan guru saya, MANA2 ORANG YANG DAH TAHU TOLONG BAGI TAHU KEPADA MEREKA2 YANG TAK TAHU.
Saya mohon supaya artikel saya ini di kongsi ke seluruh negara oleh para sahabat fb saya.
Sebelum di akhiri nukilan ini saya ingin berpesan2 demi kebenaran. Pesan guru saya Dato' Ismail Kamus, hindari lh diri kita dari sifat2 ini dalam hidup.
Bila bercakap kita menipu.
Bila berjanji kita mungkir.
Bila di beri amanah kita khianat.

Katanya ini lh orang MUNAFIK yg kita tidak wajib ikut atau taat akan dia apatah lg jika ia seorang pemimpin.
Saya percaya semua antara kita termasuk sahabat2 saya di dalam UMNO mempunyai keimanan dan taat akan hukum Allah serta Rasul SAW.
Hidup ini bukan sekadar mengejar kuasa dan kedudukan. Agama itu Ad Din yg meliputi segala urusan kehidupan. Berpegang lh hidup ini atas tali dan syariat Allah dan jangan hidup berpandukan fatwa sesat yg ingin menyelamatkn melayu dan Islam dalam mempertahan kn pemimpin2 yg sifat2nya mempunyai ciri2 seperti yg guru saya nyatakan. 
Anda juga mempunyai Ustaz dan Guru. Adakah mereka berpesan lain dari apa yg guru saya sebutkan?

Saya pasti tentunya tidak!!! 
Oleh itu kenapa takut utk berhijrah?

Terima kasih.




✍ Sumber Pautan : ☕ steadyaku47

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xBYv1l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.