Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelan Pembaharuan Cukai GOP, Apakah Republikan Bersedia Menghadapi Kesan-kesannya? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelan Pembaharuan Cukai GOP, Apakah Republikan Bersedia Menghadapi Kesan-kesannya?

Pada awal pagi tadi (atau 3 PM EDT) Trump memberi ucapan beliau di Bangunan Biro Perladangan, Indianapolis. Kehadiran beliau disana bagi membentangkan rangka kerja pembaharuan cukai yang dibuat hasil rundingan pentadbiran beliau bersama sebahagian ketua Kongres Republikan (GOP) yang lain, dengan tujuan pelan tersebut dapat mengurangkan bebanan individu dengan pengecualian cukai bagi mereka yang berpendapatan sederhana, serta mengurangkan kadar cukai perniagaan.

Empat asas utama dalam pembaharuan cukai. Pertama, memastikan kod cukai mudah, adil dan mudah difahami. Kedua, naikkan gaji pekerja Amerika supaya mereka boleh menyimpan lebih banyak pendapatan hasil kerja keras mereka. Ketiga, menjadikan Amerika tumpuan pekerjaan dengan memperbanyakkan bilangan perniagaan dan pekerjaan Dan yang terakhir, bawa pulang semula dana berjumlah trillion dolar diluar negara dan melabur ke dalam ekonomi US. Berikut adalah rangka kerja penuh Tax Reform yang dikeluarkan hari ini.

Walau bagaimanapun, apa yang tidak dibincangkan hari ini adalah kesan daripada pembaharuan cukai ini, yang mana sebahagian penganalisis seperti  Nomura Holdings menjangkakan rang undang-undang ini sukar untuk diluluskan berikutan perubahan cukai akan memberi kesan kepada defisit, penghapusan potongan cukai serta impak kepada pengagihan.

Pada minggu dan bulan seterusnya, isu yang masih belum selesai ini akan lebih diberi perhatian. Penganalisis akan fokus kepada perbahasan dan undian belanjawan akan datang bagi melihat berapa jauhkah kesediaan Kogres Republikan untuk meningkatkan defisit.

Mereka yang terlibat dalam undian akan bertindak melindungi kepentingan mereka dalam kod pencukaian. Selain itu, organisasi bebas turut akan membuat anggaran bagi melihat siapakah yang akan terkesan dan siapakah yang akan mendapat kelebihan melalui beberapa senario berdasarkan pelan rangka kerja yang dibentangkan hari ini.

Secara keseluruhannya, pengumuman Trump tidak mengubah jangkaan bahawa Kongres akan meluluskan pemotongan cukai individu seawal tahun 2018 serta pengurangan sedikit dalam cukai korporat. Namun, kod cukai korporat yang terlalu rumit, serta kebimbangan terhadap defisit mungkin akan menyebabkan sebahagian senator Republikan akan menghalang pelan ini daripada diluluskan.

Trump sendiri menyebut, jika Senator Joe Donnell daripada Indiana tidak bersetuju, beliau akan turun semula ke sana untuk berkempen melawan beliau. Penganalsis daripada Nomura turut berkata mereka kekal pesimis dengan kemungkinan yang akan berlaku pada pembaharuan cukai korporat ini.

The post Pelan Pembaharuan Cukai GOP, Apakah Republikan Bersedia Menghadapi Kesan-kesannya? appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fzv4Zl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.