Pencuri 'melekat' di tembok pagar sampai pagi
Mummy Knowmaa, yang memuat naik gambar dan video itu berkata, kejadian itu berlaku di rumah kakaknya di mana suspek cuba memecah masuk rumah itu pada malam tadi.
"Pencuri nak masuk rumah kakak saya malam tadi. Si pencuri itu panjat tembok pagar rumah, tetapi dia terlekat di situ. Tak dapat naik, tak dapat turun dan berada di situ sehingga hari cecah.
"Tak tahu bagaimana dia boleh melekat di situ. Mujur orang Bukit Kuang tidak mengambil tindakan membelasahnya," katanya.
Berdasarkan gambar yang dikongsi, suspek kelihatan bertahan di tembok pagar itu dengan tangannya dan kakinya berdiri di celah lubang angin.
Sebuah kereta peronda polis yang tiba di lokasi kejadian kemudian menggari tangan suspek dan membawanya ke balai untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu di media sosial, netizen berpendapat berkemungkinan pemilik rumah telah 'memagar' rumahnya dengan ayat-ayat Quran.
Sumber Pencuri 'melekat' di tembok pagar sampai pagi
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x2JU0b
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment