Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Ini Sumbangan Saya Untuk ISLAM Dan Untuk MENENANGKAN Mereka Semua..” SUBHANALLAH Inilah Suara Yang Melaungkan Azan Subuh Saat API MARAK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Ini Sumbangan Saya Untuk ISLAM Dan Untuk MENENANGKAN Mereka Semua..” SUBHANALLAH Inilah Suara Yang Melaungkan Azan Subuh Saat API MARAK

“Ini Sumbangan Saya Untuk ISLAM Dan Untuk MENENANGKAN Mereka Semua..” SUBHANALLAH Inilah Suara Yang Melaungkan Azan Subuh Saat API MARAK | Baca Viral – Kejadian Kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah, Datuk Keramat awal pagi tadi telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua anak-anak tahfiz dan guru mereka yang terlibat dalam kemalangan jiwa ini.

“INI ADALAH SUMBANGAN SAYA UNTUK ISLAM”


“INI adalah sumbangan saya untuk agama Islam, tiada apa-apa, cuma membantu untuk melaungkan azan supaya dapat menenangkan.”

Demikian kata Purwanto Mataleh, 25, individu yang melaungkan azan Subuh, ketika api sedang marak membakar asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur, hari ini.

Purwanto yang bekerja sebagai tukang kebun di Taman Tasik Datuk Keramat berkata, dia seperti biasa mahu berjemaah di Surau Madrasatul Ittifaqiyah yang terletak bersebelahan dengan pusat berkenaan.

“Saya tiba 5.30 pagi dan ketika itu orang ramai berusaha membantu menyelamatkan anak-anak tahfiz itu.

“Hampir masuk waktu solat Subuh, ada yang menyuruh untuk azan dan saya terus lakukannya pada 5.49 pagi sambil dalam hati berdoa supaya tiada apa-apa yang berlaku,” katanya kepada Harian Metro di surau berkenaan.

SEDIH DAN TERKILAN

Purwanto bagaimanapun sedih dan terkilan selepas mengetahui 23 mangsa terkorban dalam kejadian itu.

“Semoga kejadian seperti ini tidak terjadi lagi dan semoga semuanya dapat masuk syurga,” katanya yang solat berjemaah lima waktu di surau itu.

Purwanto yang berasal dari Surabaya, Indonesia bekerja di sini sejak hampir dua tahun lalu dan hanya sesekali melaungkan azan sekiranya diminta oleh kariah surau.

Kejadian yang mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia ini dilaporkan berlaku awal pagi 14 September 2017 sekitar jam 5.10 pagi. Kebakaran yang berlaku di tingkat dua pusat tahfiz itu. Ada antara pelajar tersebut yang berjaya meloloskan diri daripada kebakaran itu dengan keluar dari tingkap dan berpaut pada batang paip untuk turun. Mangsa yang berjaya menyelamatkan diri dilaporkan sebanyak tiga belas orang.

VIDEO

Sumber : Harian Metro

The post “Ini Sumbangan Saya Untuk ISLAM Dan Untuk MENENANGKAN Mereka Semua..” SUBHANALLAH Inilah Suara Yang Melaungkan Azan Subuh Saat API MARAK appeared first on BACA VIRAL.



✍ Sumber Pautan : ☕ BACA VIRAL

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xAKZxI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.