“SAYA KELUAR IKUT TINGKAP..” – SALAH SEORANG PELAJAR TERSELAMAT BERI KENYATAAN
Seorang pelajar tahfiz, Muhd Izzarudin merupakan antara pelajar yang terselamt dari bencana kebakaran di pusat tahfiz.
Izzarudin telah tampil menceritakan pengalamannya ketika kebakaran berlaku.
Izzarudin yang berumur 15 tahun tersedar dari tidur kerana terdengar bunyi seperti gas.
Selepas menyedari kebakaran yang dipercayai bermula di pintu hadapan, dia cuba mengejut rakan yang lain. Ada antara mereka yang tidak bangun.
Api yang sudah marak di pintu hadapan menyukarkan mereka semua untuk keluar. Dia kemudian keluar melalui tingkap sebelum melalui saluran air untuk turun ke bawah.
Ini antara komennya:
“Saya mula kejutkan kawan-kawan lain termasuk ustaz keadaan menjadi kelam kabut kerana tidak dapat keluar dalam masa sama katil juga sudah mula terbakar.
“Saya dan beberapa yang lain ke tingkap hujung dan turun melalui batang paip tetapi dalam masa sama ada yang sudah terbakar di bahagian badan terjun ke bawah sementara yang lain terperangkap,”
sumber:artis
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y0NW7a
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment