Harga Pengguna US Positif, US Dolar Mengukuh Pada Mulanya
Harga pengguna (CPI, consumer price index) bagi Amerika Syarikat meningkat 0.4% pada Ogos berbanding ramalan 0.3%. Dari segi tahun ke tahun bacaan meningkat dalam tempoh 12 bulan sehingga Ogos kepada 1.9% dari 1.7% dengan jangkaan 1.8%.
Harga teras (Core-CPI) yang tidak mengambil kira harga barangan volatile (turun-naik) naik 0.2% yang sejajar dengan jangkaan pasaran, manakala bagi tahun ke tahun meningkat kepada 1.7% berbanding jangkaan 1.6%.
Harga tenaga meningkat 2.8% pada Ogos iaitu pada tempoh harga minyak mentah meneruskan kenaikan sejak lewat Jun. Pada tempoh ini juga harga gasolin melonjak 6.3%.
Harga makanan pula meningkat 0.1% pada Ogos dengan kenaikan 1.1% secara tahunan.
Harga kenderaan bermotor pula tidak berubah selepas merekod kejatuhan 6 bulan berturut-turut, tetapi harga kenderaan terpakai masih susut dengan bacaan tahunan merosot 3.8%.
Sektor perkhidmatan merekod kenaikan 0.4% secara bulanan dengan 2.5% secara tahunan. Untuk data kali ini, tiada impak yang signifikan daripada ribut Harvey yang berlaku bulan lalu di Texas.
Kadar inflasi yang tinggi dalam sektor perkhidmatan dijangka akan mengurangkan kebimbangan The Fed terhadap inflasi yang bergerak terlalu rendah, walaupun masih terdapat keraguan dalam sektor barangan.
Dengan kelemahan US dolar sejak akhir-akhir ini, data positif pada Khamis berjaya melonjakkan greenback berbanding matawang utama yang lain.
“Namun pengukuhan US dolar tidak berkekalan apabila terdapat berita terbaru yang membawa kepada kebimbangan risiko geopolitik yang dicetuskan oleh Korea Utara.”
The post Harga Pengguna US Positif, US Dolar Mengukuh Pada Mulanya appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f7swBE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment