Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bunkface Bakal Berduet Dengan Jeffrydin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bunkface Bakal Berduet Dengan Jeffrydin

KUMPULAN Bunkface meluahkan hasrat untuk berkolaborasi dengan penyanyi veteran Datuk Jeffrydin menerusi album terbaharu yang bakal diterbitkan pada tahun hadapan.

Menurut Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharom, 29, lagu yang dicipta itu mempunyai aura pop yeh yeh dan sememangnya sangat sesuai dengan penyanyi tersebut.

“Masa buat lagu tersebut, hanya Jeffery Din yang kami nampak untuk nyanyi bersama. Mungkin sebab karakter lagu itu yang kena dengannya,” kata Sam.

Bunkface ditemui di BF Rock Station, Subang Jaya, bagi memperkenalkan lagu baru berjudul Kembalii.

Ia akan dilancarkan pada Jumaat.

Sam berkata, lagu tersebut sudah dimuatkan dalam album Malam Ini Kita Punya tetapi diberi nafas baru kerana ia berpotensi untuk dikeluarkan sebagai single.

Lagu Kembalii dieja dengan dua ‘i’ dibelakangnya sebagai simbolik kepada versi kedua lagu terdahulu yang berjudul sama.

Malah, video muzik lagu ini dirakam di Bromo, Indonesia dan lagu pertama yang dirakam di studio BF Rock Station.

Sebelum ini, studio itu hanya menyediakan perkhidmatan jamming tetapi kini telah diubah suai sepenuhnya sebagai studio rakaman.

The post Bunkface Bakal Berduet Dengan Jeffrydin appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y0Z2Jg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.