Hi! Welcome Back and Stay Tune! Salahkah Buka Kedai Dobi Hanya Untuk Muslim Sahaja? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Salahkah Buka Kedai Dobi Hanya Untuk Muslim Sahaja?

dobi di muar hanya untuk orang muslim

Sebuah kedai dobi di Muar menimbulkan kontroversi kerana melaksanakan syarat hanya pelanggan beragama Islam/ Muslim sahaja yang dibenarkan menggunakan fasilitinya.

Syarat itu mendapat pelbagai reaksi, antaranya Jabatan Agama Islam Johor, Pihak berkuasa tempatan Muar malahan Sultan Johor sendiri memberikan reaksi menyamakan tindakan tersebut sebagai satu tindakan berunsur Taliban.

Apa saja yang anda fikir tentang isu ini, bertenanglah sejenak. Mari kita fikir secara rasional. Faktanya - tidak ada salah pun tindakan yang dilakukan oleh pengusaha kedai dobi tersebut. Walau bagaimanapun anda nak kata apa yang dia buat itu tidak menepati keharmonian Malaysia, ada satu perspektif lain yang kurang dibincangkan oleh orang ramai berkenaan isu ini.

kedai dobi muar hanya untuk muslim

Bukan semua rakyat Malaysia yang beragama Islam yang mempunyai keyakinan tinggi terhadap bersihnya mesin basuh layan diri yang ada. Adakah anda salah seorang dari golongan yang saya sebutkan ini? Sudah pastilah berita wujudnya kedai dobi layan diri hanya untuk orang Islam adalah satu berita gembira untuk anda.

Di kalangan umat Islam sendiri wujud pelbagai peringkat was-was dalam diri kita. Ada yang peduli, sangat peduli, tidak peduli, asal nampak bersih atau mengamalkan sikap terlalu terlalu terlalu peduli tentang kebersihan pakaian yang dicuci.

Mengapa kita mahu melihat perkara ini dari konteks masyarakat bukan Islam? Lihatlah dari sudut kepentingan orang Islam. Apa pula salahnya? Jika wujud golongan yang terlalu peduli seperti yang dikatakan di atas - kini mereka ada opsyen untuk ke mana.

Cuma masalahnya mengapa orang Islam sendiri seolah-olah memusuhi kedai dobi tersebut, sedangkan apa yang ditawarkan sebenarnya adalah satu tuntutan yang diminta oleh Islam?

kedai papar tanda pork free no lard di cyberjaya

Anda boleh pusing cerita tentang status najis atau status pakaian yang ada, tetapi hakikatnya ada ramai orang di luar sana yang pedulinya lebih berbanding anda dan mereka juga ada hak untuk mendapatkan perkhidmatan dobi layan diri yang memenuhi permintaan mereka.

Mungkin perkara ini ringan pada anda tetapi bukan pada mereka. Jadi kenapa nak sama ratakan diri mereka dengan anda? Anda tidak nampak ada keperluan, itu pandangan anda. Bukan pandangan mereka. Anda tidak kisah dan yakin status kebersihan pakaian anda? SIlakan pakai. Tak ada siapa yang nak halang anda.

Melihat kecaman dan kritikan yang dihamburkan kepada pengusaha kedai dobi itu, sehinggakan beliau diarahkan untuk menutup perniagaannya, agak menyedihkan jelas kelirunya orang Islam tentang hala tuju mereka. Pihak yang menyediakan perkhidmatan yang meyakinkan dari segi kesucian dikritik dengan pelbagai nista hanya kerana terpaksa mengenakan syarat khas Muslim sahaja.

Persoalannya - kenapa benda yang baik pula kita cela menggila? Adakah dalam isu ini, tak boleh kita cuba lihat daripada perspektif permintaan Islam semata-mata? Jika ada was-was, sebaiknya cubalah kita jauhkan bukan? Sokonglah dengan sokongan, bukannya bangkang dengan mencela kerana kedai dobi itu, adalah satu bentuk jihad yang membantu mengurangkan was-was penggunanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wVxvgt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.