Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sharnaaz Mengaku Bersalah Tumbuk Bangla - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sharnaaz Mengaku Bersalah Tumbuk Bangla

sharnaaz mengaku bersalah tumbuk bangla

Sumber foto asal: http://ift.tt/1lp0NUR

Pelakon Sharnaaz Ahmad didenda sebanyak RM1,200 selepas mengaku bersalah atas tuduhan menumbuk seorang lelaki warganegara Bangladesh di sebuah kelab golf di Kuala Lumpur.

Pemilik nama sebenar Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad (32 tahun) mengaku menumbuk Gous Ali di bahagian muka di Tingkat 1, TPC KL, Kelab Desa & Golf Kuala Lumpur di mana mangsa bekerja.

Kejadian berlaku sekitar pukul 5.30 petang pada 22 Julai yang lalu.

Pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam Zulkifli Awang membuat rayuan agar hukuman ringan dapat diberikan kerana Sharnaaz telah insaf dengan perbuatannya itu.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Majistret Mahyudin Mohmad Som mengenakan denda berjumlah RM1,200 yang kemudiannya dibayar oleh Sharnaaz.

Suami kepada Noor Nabila iaitu kakak kepada selebriti Neelofa itu hadir berseorangan ke mahkamah. Dia dilihat berada dalam keadaan tenang ketika pertuduhan dibacakan.

Sumber berita: mStar Online



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xzbJOM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.