Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak pilih kasih, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan pertahan tindakan saman lelaki berseluar pendek ketika mahu bermain futsal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak pilih kasih, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan pertahan tindakan saman lelaki berseluar pendek ketika mahu bermain futsal

PETALING JAYA, 27 Sept — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan(Jaheaik) menghukum lelaki berseluar pendek tanpa pilih kasih.

 

Tak pilih kasih, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan pertahan tindakan saman lelaki berseluar pendek ketika mahu bermain futsal

Tak pilih kasih, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan pertahan tindakan saman lelaki berseluar pendek ketika mahu bermain futsal

 

 

Ketua penguatkuasanya menganggap tindakan kontroversi itu amalan biasa bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, lapor Free Malaysia Today.

“Rutin biasanya kita buat bersama Agensi Dadah Kebangsaan (AADK), polis, Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya.

“[…] dan kita buat secara berskala tanpa pilih kasih ketika melakukan operasi,” kata Mohamad Fadzuli Mohd Zain kepada portal itu.

Kelmarin Wan Khairul Hayyee Wali, 30, menerima notis bahawa beliau melanggar undang-undang syariah kerana memakai seluar pendek untuk bermain futsal.

Beliau dikenakan tindakan itu ketika membeli makanan di depan Akademi JPJ Wilayah Timur di Kota Baru pada jam 10.45 malam. 

Notis itu menyebut beliau melanggar Seksyen 5 enakmen tersebut dan diarahkan menghadiri sesi kaunseling bulan depan.

Jika gagal berbuat demikian, lelaki itu berdepan risiko denda RM1,000.

Menurut AFP pula, Mohamad Fadzuli berkata seramai 11 orang termasuk Wan Khairul ditahan Isnin lalu atas kesalahan berpakaian tidak sopan.

Turut dikenakan tindakan empat wanita yang berpakaian ketat, tambahnya.

 
Sumber: Malay Mail


Sumber Tak pilih kasih, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan pertahan tindakan saman lelaki berseluar pendek ketika mahu bermain futsal

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yIBUQX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.