Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tindakan pengusaha dobi mohon maaf patut diterima baik - PM Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tindakan pengusaha dobi mohon maaf patut diterima baik - PM Najib

PUTRAJAYA: Tindakan seorang pengusaha kedai perkhidmatan cuci pakaian di Muar, Johor memohon maaf dan menarik semula keputusan membuka perkhidmatan tersebut hanya kepada orang Islam patut diterima dengan baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata tindakan itu juga sejajar dengan pandangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurutnya kebimbangan Sultan Johor bahawa tindakan pengusaha itu akan membawa kepada imej lslam yang sempit, bertentangan dengan hasrat negara membentuk satu masyarakat yang bersatu, harmoni, sederhana dan toleran adalah berasas.

"Kerajaan akan terus komited untuk menegakkan ajaran lslam yang sebenarnya di samping melindungi kepentingan kaum lain sebagaimana yang dituntut lslam," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Najib, sebagai sebuah negara Islam yang mendukung Wasatiyyah dan memperjuangkan Maqasid Syariah, Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara Islam yang sederhana, dengan mengamalkan cara hidup sederhana yang telah diamalkan sejak merdeka.

"Saya yakin umat Islam akan terus menegakkan perjuangan ini kerana kita semua ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya, dihormati dan menjadi contoh kepada negara lain," kata Najib.

Sejak minggu lepas, gambar kedai dobi itu tular di media sosial apabila dilaporkan hanya pelanggan Islam sahaja dibenarkan menggunakan mesin pencuci pakaian di premis itu.

Tindakan pengusaha dobi tersebut ditegur oleh Sultan Ibrahim yang bertitah agar konsep perniagaan itu diubah atau Baginda sendiri akan mengambil tindakan.

Susulan itu, pengusaha terbabit bertindak memohon maaf dan dilaporkan telah menurunkan papan tanda 'Mesra Muslim' di premisnya sejak pukul 10 pagi tadi.

-- BERNAMA



Sumber Tindakan pengusaha dobi mohon maaf patut diterima baik - PM Najib

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xCdsAx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.