Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Amal Sekularisme, Jika DAP Dapat Kuasa - PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Amal Sekularisme, Jika DAP Dapat Kuasa - PAS




Malaysia akan menjadi negara berteraskan sekularisme jika DAP yang dominasi Pakatan Harapan menang di peringkat Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Konsep sekularisme ‘Malaysia Malaysian‘ DAP termasuk membolehkan bukan Islam menjadi ketua negara yang bercanggah dengan ketetapan Islam iaitu negara Islam mesti diperintah oleh golongan muslim.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, agenda sekularisme itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang jika menang sudah pasti pemimpin Melayu Muslim yang akan menjadi ketua Kerajaan Pusat dan negeri.

“PAS tetap menolak konsep sekular warisan penjajah kerana bercanggah dengan Islam yang diletakkan di dalam Perlembagaan Negara yang sudah merdeka.

“PAS menafsirkan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam menjadi agama negara, bukan sahaja sekadar simbol, maka mestilah ditadbir negara berkonsepkan Islam yang melantik ketua negara daripada penganut Islam dan Bumiputera Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi berkata, PAS tidak semestinya perlu menjadi ketua kerajaan, bahkan boleh terus menjadi pembangkang yang menasihat dan berta’awun dengan ketua negara yang menerima Islam dan melakukan perubahan positif untuk agama Islam.

Kata beliau, Sirah Nabawiyyah menunjukkan Raja Habsyah bergelar Najasyi menerima Islam dan menjadi penganutnya dan Rasulullah S.A.W mengekalkan takhtanya.

Tambah beliau, begitu juga kedudukan Raja Oman dan Raja Bahrain yang menganut Islam setelah menerima surat Rasulullah S.A.W, semuanya tidak dipecat atau dijatuhkan takhtanya.

Justeru, katanya, PAS boleh menerima DAP jika menerima Islam yang sempurna, aqidah, syariat, akhlak dan sistem serta menunggu kemenangan yang dijanjikan kepada Islam dengan berjuang memenuhi syarat-syaratnya. - Agensi/MNH

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BXUruM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.