‘Shame On You Sebagai Wanita’ – Kata Zarina Anjoulie
Kecoh isu Azwan Ali ingin jatuhkan abang kandungnya yang juga Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dalam pilihan raya akan datang. Hari ini kecoh pula isu perbalahan semasa artis yang melibatkan Fathia Latiff dan Dira Abu Zahar bersempena ucapan pelakon tersebut di Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
Dira Abu Zahar yang juga Exco Puteri UMNO Tangga Batu telah menyelar tindakan pelakon Fathia Latiff yang sering memuat naik status berkaitan isu politik semasa di akaun Twitter.
“Kenapa hendak percaya kepada dakyah-dakyah ringan seperti Fathia Latiff. Tidak perlu. Dia bukan tahu apa pun. Kalau betul hendak cerita pasal rakyat turun padang macam Puteri UMNO.
“Setakat pegang telefon bimbit dan tekan-tekan dia boleh duduk diam-diam. Betulkan hidup dia dulu, betulkan lakonan dia dulu, tidak payah sibuk hal kerajaan,” kata Dira dalam sebuah ucapan di perhimpunan tersebut.
Teguran panas Dira terhadap Fathia telah menerima hentaman hebat daripada netizen yang menyifatkan Exco Puteri UMNO itu sebagai sombong dan tidak adil untuk tidak membenarkan golongan artis bersuara tentang hal negara dan politik. Artis pun rakyat Malaysia juga kan?
Di samping itu, ada di kalangan netizen juga mempersoal tugas Puteri UMNO yang kononnya mengaku turun padang untuk membantu golongan yang memerlukan.
Terbaru, pelakon yang sudah lama menyepi dan pernah menggemparkan industri kerana kontroversi nya, Zarina Anjoulie kini tampil memberi kenyataannya berkenaan cara Dira yang memerli Fathia dalam persidangan UMNO baru – baru ini.
“Shame on you sebagai seorang wanita. Nah ambik atleast you have a new topic to hentam when u turun padang. Yang lain sila tag, i tak tau username dia. TQ”
Zarina menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik sebuah video yang kelihatan begitu tidak bersetuju dengan tindakan Dira yang memalukan Fathia. Malah beliau juga mengutuk sikap Dira yang dilihat seperti sengaja mencari publsiti dalam persidangan itu. Zarina juga mencabar Dira.
Dalam status dan video nya itu juga, Zarina juga kelihatan tidak gentar dengan Dira malah turut menyuruh pengikutnya di Instagram untuk ‘tag’ Dira supaya pelakon berkenaan sedar akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zarina.
Kita sebagai wanita hendaklah menjaga aib saudari Islam kita yang lain bukanlah memalukannya.
Sumber: Hangat.com
The post ‘Shame On You Sebagai Wanita’ – Kata Zarina Anjoulie appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2C3VUSK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment