Hi! Welcome Back and Stay Tune! Che Ta Bakal Jadi Penyanyi! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Che Ta Bakal Jadi Penyanyi!



Selepas bergelar pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan atau Che Ta bakal mencuba bidang nyanyian pula.

Khabarnya, Che Ta akan menggunakan khidmat Hazami untuk menggilap bakatnya dalam seni suara.

Ibu kepada tiga cahaya itu baru-baru ini mengaku dia dihimpit pelbagai perasaan antara teruja, gementar dan gemuruh memikirkan karier nyanyiannya nanti.

“Dalam soal nyanyian ini, saya memang serius, apatah lagi Hazami juga beriya-iya mahu saya menyanyikan lagu ciptaannya.

“Sebelum ini, saya pernah didekati penggiat seni lain seperti Eddie Hamid dan Imran Ajmain yang menawarkan peluang serupa. Namun, mungkin ketika itu saya belum bersedia. Waktu itu pun, Imran mencari pelakon sebagai rakan duet dan bukannya penyanyi,” katanya kepada BH Online.

Menurut Che Ta, dia memilih Hazami kerana amat amat tertarik dengan karya ciptaannya, seperti Takdir (dendangan Dayang Nurfaizah), yang dijadikan lagu tema drama Syurga Yang Kedua.

Mengenai genre pilihannya, isteri Zain Saidin ini tidak mempunyai pilihan tertentu.

“Saya pun tak pernah terfikir nak jadi penyanyi selama ini. Jadi, mungkin lagu balada atau irama Malaysia sesuai dengan saya,” katanya yang mengaku bersedia untuk menerima kritikan apabila menceburi bidang nyanyian kelak.

Ketika ini, difahamkan Hazami sedang menyiapkan lagu baharu untuk dua orang penyanyi hebat iaitu Azharina dan Aishah.

“Mungkin giliran saya akan tiba selepas Hazami menyiapkan lagu untuk Aishah,” kata pelakon berusia 44 tahun itu penuh harapan.-MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2F1ProY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.